Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

03 April, 2010

KEANEHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN SIDANG DUN PERAK

Persidangan DUN Perak kali ini lebih memperlihatkan keanehan dan kepincangan. Berlaku pelanggaran peraturan yang tidak sepatutnya berlaku. Ganesan sebagai Speaker yang dipertikai cuba mengguna kuasa mengendalikan perjalanan sidang. Ternyata Ganesan gagal mengendali dengan bijak dan baik.

Najib bermula dengan Altantuya, setahun dengan APCO

Abdul Aziz Mustafa  

KUALA LUMPUR, 3 Apr: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi strategi membisunya ketika isu APCO Worldwide menyelubungi genap setahun beliau menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Anwar diugut akan dibunuh jika jadi PM


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diugut 'mati' jika beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Malaysia nanti.

Dun Perak kecoh kerana tidak ikut peraturan - Nik Aziz

Muhammad Yusri Amin  

KOTA BHARU, 3 April:  Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak tidak akan menjadi kecoh sekiranya anggota dewan khususnya mematuhi perlembagaan negeri yang sedia ada, namun yang paling utama ialah mematuhi perlembagaan diselaraskan dengan Al-Quran.

02 April, 2010

Kenyataan Muhyiddin tidak bijaksana, Pemuda Gerakan

Setiausaha Pemuda Gerakan Dominic Lau Hoe Chai tidak menyetujui kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang melihat dirinya sebagai "Melayu terlebih dahulu, dan warga Malaysia kemudiannya".

Berita terbalik tapi terburuk

http://aksidakwah.blogspot.com/  

1. Malaysia memang mempunyai penduduk 26 juta tetapi separuh daripadanya adalah Muslim. Maknanya lebih kurang 13 juta rakyat Malaysia adalah Muslim.

Gugurkan kes liwat Anwar, Kesatuan Inter-Parlimen


Kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim kini mendapat perhatian Kesatuan Inter-Parlimen (Inter-Parliament Union, IPU), yang mengusulkan tujuh resolusi, termasuk menggugurkan kes ini dan melantik pemantau untuk menghadiri perbicaraan seterusnya.

MEB: PAS bantah hapus kuota Bumiputera, bukan Bumiputera

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 2 April: PAS menolak sebarang usaha untuk menafikan kuota Bumiputera dan bukan Bumiputera yang jelas menghina kedaulatan negara dan seluruh warga negara ini.

Exco Kelantan: Soal Sultan Pahang ampun Kartika tak bangkit

Oleh Mohd Zuharman
KOTA BARU, 2 April — Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, soal pengampunan atau sebaliknya terhadap bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno tidak berbangkit.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April


TERKINI
PUTRAJAYA, 2 April — Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang kosong sejak Khamis lalu dan bakal menyaksikan saingan sengit, akan berlangsung pada 25 April.

PR ada kelebihan di Hulu Selangor kerana jadi kerajaan

Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 2 April: Pakatan Rakyat (PR) harus memastikan maklumat yang benar mengenai kejayaan dan ketelusan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR sampai kepada pengundi di Parlimen Hulu Selangor untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Hulu Selangor: Palanivel ‘bisu’ soal tanding, Samy enggan ulas

TERKINI
Oleh G. Manimaran
HULU SELANGOR, 2 April — Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel masih ‘membisu’ berhubung peluang beliau dipilih semula sebagai calon kerusi Parlimen Hulu Selangor tetapi yakin wakil MIC akan dikekal bertanding lagi.

Najib perlu jawab siapa APCO, buat apa serang saya - Anwar

Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 1 April: "Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaitan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum? Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di parlimen lewat petang ini.

01 April, 2010

Selamatkan Rakyat dari Nafsu Seorang Perdana Menteri


Oleh: Ustaz Nasharuddin AtTantawi

1. Dewan Pemuda PAS Pusat pada Julai 2009 melalui Unit Kajian dan Maklumbalas Isu Semasanya pernah mengutarakan isu penglibatan dan pengaruh sebuah Firma Konsultan Antarabangsa [APCO Worldwide] yang berpangkalan di Amerika Syarikat dalam kerajaan negara kita .

Sidang Dun tidak hormati Raja Muda Perak


Johari Jaafar   
IPOH, 1 April: Setiausaha PAS Negeri Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki (gambar) menyifatkan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berlangsung cuma dua hari termasuk istiadat perasmian sebagai tidak menghormati Raja Muda, Raja Nazrin Shah

Sidang DUN Perak tanda Demokrasi terkubur

*Kenyataan media oleh Nga Kor Ming selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Remis, Perak.

Membela Melayu mana?


*Teks perbahasan Jeyakumar selaku ahli parlimen Sungai Siput, dari Parti Sosialis Malaysia.

Terima kasih Tuan Yg Di Pertua memberi peluang untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Baginda Yang Di Pertuan Agung.

Kuli, boleh percaya kah?


Josh Hong

 
Baru-baru ini, arus keluar parti menderas di PKR, malah kepantasannya amat membeliakkan mata.

Kekuatan MCA bergantung kepada sejauh mana ia menolak UMNO



Wong Chin Huat

 
Ringkasnya, kemelut dalaman dan luaran MCA sebenarnya saling berkaitan, begitu juga dengan puncanya. 

31 March, 2010

Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysia gimik politik

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat penyertaan ahli-ahli Umno dan sokongan mereka terhadap -Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) sebagai bukti jelas bahawa Umno tidak serius dalam gagasan 1 Malaysia.

Pemuda MCA selar PERKASA: Julang keris umpama main api

Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June menyelar Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail sebagai "batu penghalang" perpaduan yang wajib ditolak oleh rakyat!

Nota Ucapan Anwar Ibrahim Di Parlimen Berkenaan Skandal APCO – 30 Mac 2010


MUKADIMAH
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO.

Khairy Bermatian Pertahan Apco Kerana Kawan Baik Omar Mustapha Ong?

Oleh Jamilah Kamarudin
KUALA LUMPUR 30 Mac - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap dakwaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang cuba menggaitkan beliau dengan pegawai tinggi Apco Worldwide sebagai satu usaha mengalihkan persoalan sebenar yang membabitkan keselamatan negara.

Antara agresif dan pengalaman,MCA pilih politik maaf

Zukri Aksah
Dalam perlawanan sengit tiga penjuru, Chua Soi Lek yang menawarkan dirinya bertanding untuk jawatan Presiden MCA sempena pemilihan semula parti pada Ahad baru-baru ini yang diadakan bagi menyelesaikan kemelut panjang MCA, terpaksa berdepan dengan dua Presiden, seorang mantan dan seorang juara bertahan.

30 March, 2010

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat

TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin. 

APCO dan Najib di sebalik tirai perhubungan awam


Tian Chua   
Hari ini Selasa, 30 Mac 2010, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional sedang bersedia untuk menyembelih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ulasannya terhadap APCO. 

Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja

Salhan K Ahmad
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

Retakan SPDP bakal mengundang malapetaka BN Sarawak?


Oleh Jiang Hao Ran 

 
Kemelut dalaman Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), yang tercetus kerana percaturan politik "dalang di sebaliknya", bakal mengundang malapetaka yang akhirnya memberi ruang kepada pembangkang untuk menggulingkan kerajaan negeri Barisan Nasional di Sarawak?

Gerakan: Ucapan Mahathir 'jijik'

Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Perkasa bukan penentu kuasa politik, kata penganalisis

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang terbesar, Perkasa yang mengadakan mesyuarat agung

Siapa Mahu Ikut Salman Al Farisi?

Oleh Azizi Abdullah

Ketika menyelak-nyelak buku sejarah untuk menulis sebuah buku tentang 10 mereka yang berani mati, terdapat kisah seorang sahabat Rasulullah yang sebelum ini saya tidak temui.

Nostalgia demokrasi tempatan

Chan Wei See

Tempoh kempen selama tiga minggu.  Semua parti politik bebas mengadakan ceramah umum masing-masing.  Malam sebelum hari pengundian, di Kota Melaka sahaja, 12 ceramah diadakan serentak.

MCA: Pergelutan kuasa yang terakhir?

Wong Chin Huat | Mar 29, 2010 06:58:16 pm


Akhirnya, pemilihan semula MCA melabuh tirai.  Tetapi, adakah perebutan kuasa dalaman akan dibubuh noktah?  Biarpun begitu, bilakah pula perebutan kuasa dalaman seterusnya akan berlaku?

Maruah PDRM Tercalar Lagi

1. Pada tahun 2007 tanggal 12 ogos , Tun Hanif Omar bekas ketua polis negara telah mendedahkan melalui ruangan khas beliau di akhbar The Star bahawa 40% pegawai - pegawai polis terlibat dengan rasuah .

Nik Aziz dahului terima darjah kebesaran


Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 30 Mac:  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendahului senarai darjah kebesaran negeri pada pengurniaan kehormatan negeri Kelantan hari ini.

“Adakah akta-akta ini dipersetankan” - Salahuddin

Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 29 Mac: "Kalau Ketua Hakim ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) boleh terima dokumen sekecil itu sebagai bukti, apatah lagi dokumen yang kita bawa hari ini.

DR CHEN MAN HIN: Kejayaan unik Zaid memecah mitos Melayu lama

Dr Chen Man Hin  

Saya rasa penuh penghargaan apabila Zaid Ibrahim (gambar bawah) meminta saya untuk melancarkan buku versi bahasa Mandarin beliau bertajuk "Saya juga Melayu".

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia

Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud(gambar).

29 March, 2010

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz


Harakahdaily

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.  

Fitnah: Kenapa tuding jari kepada Pakatan

Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo’ Mohamad Ghazali (gambar) mempersoal tindakan Mohd Nizar Zakaria (BN- Parit) yang hanya menuding jari kepada Pakatan Rakyat berhubung isu fitnah yang dibangkitkan ahli parlimen itu.

Ke mana hilang RM54 bilion untuk Bumiputera

Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu di samping mendakwa amalan kronisme yang diamalkan oleh segelintir pemimpin Umno dan BN punca kemunduran kaum.

Pemilihan semula MCA: Chua Presiden; Liow Timbalan


MerdekaReview
Chua Soi Lek yang tercalit dengan skandal seks pada akhir tahun 2007, kini dinobatkan sebagai Presiden MCA yang baru, setelah menewaskan dua orang calon presiden yang lain, iaitu Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi. 

Siapa Ejen Yahudi?

Hanya 22% Cina anggap MCA relevan

MerdekaReview
Hanya 22% orang Cina di Malaysia yang menganggap bahawa MCA relevan, berbanding 28% yang berkata "tidak" dan "agak tidak relevan", sementara 45% memilih jawapan "agak" (somewhat) relevan.  Demikianlah hasilnya menurut satu soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Center, yang mengutip pandangan daripada orang awam.

Anak adakan kempen 'Jom Kembali Ke Ladang'

Hashim Abdullah  

KUALA KRAU, 28 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar)berkata, pihaknya akan mengadakan kempen ‘Jom Kembali Ke ladang’, bagi merangsang anak muda mengusahakan sendiri kebun mereka bagi meningkatkan pendapatan.

Jom Heboh: Format asing penonton tiada masalah

Mohd Nor Yahya  

KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

Soi Lek menang presiden, Tiong Lai timbalan

Malaysiakini




Kuala Lumpur 28 Mac - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

28 March, 2010

M FAQIH: Beza antara Umno, PKR dan PAS

M Faqih  

POLITIC is the art of possible kata ahli politik Jerman, Otto Von Bismarck.

Zaid bakal calon PKR?

Zulkifli Sulong  
Ketika para pemimpin Barisan Nasional (BN) saling berebut antara satu sama lain siapakah bakal diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, PKR nampaknya memberikan tanda yang jelas dalam majlis mereka malam tadi.

Leteran malam untuk Perkasa

Zolkharnain Abidin  

Perkasa mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.

Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara

Mohd Nor Yahya  

KOTA BHARU, 27 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.
 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.