MerdekaReview
Hanya 22% orang Cina di Malaysia yang menganggap bahawa MCA relevan, berbanding 28% yang berkata "tidak" dan "agak tidak relevan", sementara 45% memilih jawapan "agak" (somewhat) relevan. Demikianlah hasilnya menurut satu soal selidik yang dikendalikan oleh Merdeka Center, yang mengutip pandangan daripada orang awam.![]() Ketika menjawab soalan "Adakah MCA masih relevan kepada masyarakat Cina hari ini?" dalam soal selidik tersebut, hanya 22% responden Cina bersetuju, dan 45% menjawab "agak relevan"; di samping 9% berkata "tidak relevan" dan 20% berkata "agak tidak relevan". 4% yang selebihnya menjawab tidak tahu atau tiada maklum balas. Penilaian kaum bukan-Cina terhadap MCA lebih rendah, iaitu 14% Melayu yang menganggap MCA masih relevan terhadap masyarakat Cina, sebanyak 33% menganggap MCA tidak relevan dan agak tidak relevan, sementara 46% memilih "agak relevan" (somewhat) terhadap masyarakat Cina. Ong Ka Ting menduduki kedudukan ke-4 Antara pemimpin MCA, Menteri Pengangkatan yang menjalankan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Ong Tee Keat berada pada kedudukan teratas. Seramai 34% orang responden (30% Cina, 36% Melayu, 36% India) menganggap Ong Tee Keat berkemampuan untuk memimpin MCA, disusuli Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan) dengan 16% (10% Cina, 18% Melayu, 18% India). ![]() Soal selidik turut mengumpul pandangan samada Ong Tee Keat, Chua Soi Lek dan Ong Ka Ting harus menarik diri dari pemilihan semula, lebih daripada 60% responden menganggap Ong Tee Keat (65%) dan Ong Ka Ting (63%) harus bertanding, tetapi hanya 50% responden yang bersetuju bahawa Chua Soi Lek harus bertanding. ![]() Untuk Chua Soi Lek pula, terdapat 47% Cina, 47% Melayu dan 63% India menganggap beliau harus bertanding, di samping 38% Cina, 35% Melayu dan 20% India menganggap beliau harus berundur. ![]() Kebanyakan orang masih mengikuti perkembangan MCA Berbeza dengan pemerhatian sesetengah penganalisa politik yang menganggap masyarakat sudah mual dengan berita MCA, kebanyakan Cina, Melayu dan India masih mengikuti perkembangan MCA. Media disarat dengan berita MCA, menjurus kepada 75% responden yang berkata mereka mengikuti perkembangan parti komponen BN kedua terbesar itu. 73% Melayu, 82% Cina dan 62% India mengakui bahawa mereka mengikuti perkembangan MCA. Ketika ditanya sejauh manakah mereka mengikuti perkembangan MCA, 23% daripada 202 orang responden Cina berkata "tidak kerap", 31% berkata "kadang-kala", 28% berkata "selalu", dan 18% menjawab "tidak tahu". Daripada 352 orang responden Melayu, hanya 21% mengikuti perkembangan MCA, 27% menjawab tidak tahu. Apa yang menarik, daripada 47 orang responden India, 38% berkata "tidak tahu". ![]() Apabila diajukan soalan apakah ciri-ciri pimpinan MCA yang diharapkan, 13% responden mahu pemimpin tampil untuk menyuarakan pandangan ketika berdepan dengan isu penting; diikuti kejujuran 9%, adil dan demokratik 8%, pimpinan yang baik 8%, bekerjasama dan bersatu padu 6%, berdaya saing 6%, bersih, beretika dan bermoral 5%. 805 orang responden Sampel responden soal selidik ini dipilih secara rambang oleh Merdeka Center. Seramai 805 orang yang berusia 21 tahun ke atas dipilih dari semenanjung Malaysia dan soal selidik dijalankan melalui panggilan telefon. ![]() Menurut hasil kajian Merdeka Center, responden terdiri daripada Melayu (60%), Cina (30%), India (9%) dan lain-lain (1%). Pada masa yang sama, responden terdiri daripada 61% muslim, 21% Buddist, 8% Hindu dan 5% kristian. Sampel responden yang berusia antara 21 hingga 60 tahun ini kebanyakannya dari golongan muda, dengan 47% yang taraf pendidikannya tamat pengajian sekolah menengah. 58% terdiri daripada penduduk bandar dan 42% terdiri daripada penduduk kampung. Selain itu, lebih daripada 50% responden tidak berpengalaman akses kepada internet, hampir 50% responden tidak bekerja dan 36% responden yang mempunyai pendapatan keluarga kurang daripada RM1,500. *Laporan daripada MerdekaReview. |
0 comments:
Post a Comment