Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

27 March, 2010

RM600,000 baiki lif Pangsapuri Pandamaran Jaya

Harakahdaily  

KLANG, 27 Mac: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, Iskandar Abdul Samad mengumumkan, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM600,000 untuk membaiki lif rosak di Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya.

25 March, 2010

Bila sudah bercerai

Zukri Aksah  

Isteri saya seorang peguam syarie, yang beramal melalui firma guaman syarie miliknya sendiri. Antara kes terbanyak yang dibawanya adalah kes perceraian, juga kes-kes selepas perceraian seperti tuntutan nafkah, anak dan harta sepencarian.

Apa orang kata, PAS dan DAP bertaut juga

Subky Latif  

MACAM-macam orang kata: PAS sudah diperalat DAP; PAS telah menggadai  prinsipnya kerana bersekutu dengan DAP; tiada lagi PAS dihormati oleh muafakatnya dengan DAP; bahkan dengan persefahaman itu PAS dikatakan tiada lagi memperjuang Islam dan kepentingan orang Melayu.


Sivarasa: 'KPN tiada ijazah undang-undang'

Mac 24, 10 5:35pm




Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memberikan pengakuan palsu berhubung kelayakannya pada perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Tak Jadi Pilihanraya.. Gertak je tu!! Yip tarik balik surat letak jawatan

Abdul Rahim SabriMac 24



ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya lewat petang ini, melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat.

Pemimpin Umno Padang Besar mahu Yip berhenti

Abdul Rahim Sabri Mac 24,

Barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Kelantan setuju lantik Razaleigh runding tuntutan royalti minyak

Harakahdaily  

KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Kelantan bersetuju melantik mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) sebagai perunding untuk berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Petronas mengenai tuntutan royalti minyak.

Bahaya muqabalah Umno-Yahudi

Mohd Rashidi Hasan




Hubungan pemimpin-pemimpin Umno-BN, khususnya Perdana Menteri, menggunakan konsultan APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat, jelas amat membahayakan negara.

P’raya PBT: Selangor dedah surat SPR kepada umum


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 24 Mac: Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk menyiarkan kepada umum surat yang dihantar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Menteri Besar berhubung cadangan untuk mengadakan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

23 March, 2010

Pilihanraya Kecil di Perlis!! ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan

Abdul Rahim Sabri

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Polis rampas lagi buku kartun Zunar


Harakahdaily   
JASIN, 23 Mac: Polis bertindak merampas lagi buku-buku kartun yang diterbitkan oleh Gedung Kartun yang dimiliki oleh Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anwar Ulhaque dan rakan-rakannya.Kali ini, Polis Jasin merampas buku dan majalah kartun itu di Asahan, Melaka.

Kalau DAP anti Islam, adakah Umno dua kali ganda anti Islam

Dzulfikar Mashoor  

KUALA LUMPUR, 23 Mac: “Kalau DAP (dan) Pakatan Rakyat dianggap ‘anti Islam’, adakah Umno dua kali ganda ‘anti Islam’ kerana memberikan peruntukan yang jauh lebih sedikit waktu memerintah kerajaan negeri dulu,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Himpunan sejuta bantah Sweden kutuk Zionis Jumaat ini


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 23 Mac — PAS dan Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaaan akan mengadakan Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden di ibu negara bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Jom Heboh di Kelantan ada kelainan

M Faqih  

KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

Nazri bohong: MP Pakatan serah dokumen esok

Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.

Ibrahim Ali, PERKASA dan Ku Klux Klan


Zukri Aksah | Mar 22, 2010 11:26:34 am

 
Baru-baru ini orang asal (orang asli) telah membuat kejutan dengan berdemonstrasi di Putrajaya, tujuan mereka adalah untuk menghantar memorandum berkaitan permasalahan pemilikan tanah mereka. 

Pemuda Gerakan mengecam KDN: Double Standard!

Mar 22, 2010 07:02:32 pm

Pemuda Gerakan mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberi surat amaran kepada China Press, malah mendakwa tindakan ini telah mencungkil pertikaian terhadap KDN bahawa ia telah mengambil pendirian double standard dalam isu "kebertanggungjawaban media".

Episod kemusnahan sedang deras melanda negara

http://episodeperjuangan.blogspot.com

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

PAS cadang hantar memo kepada Raja-Raja


Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mencadangkan agar Ahi Parlimen PR menghantar memorandum khas kepada Majlis Raja-Raja Melayu meminta satu siasatan dijalankan ke atas penglibatan Apco Worldwide dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia. 
  

Saya mungkin ditahan di bawah ISA - Mazlan

Hashim Abdullah  

BERA, 22 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman(gambar) berkata, terdapat banyak maklumat yang menunjukkan kerajaan akan melakukan tindakan agresif terhadapnya termasuk kemungkinan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

Selepas diserang Utusan: Adun Selangor pertahan Sultan

Harakahdaily
SHAH ALAM, 22 Mac: Sekurang-kurangnya lima Adun Selangor akan mengadakan sidang media esok bagi mempertahankan Sultan mereka selepas diserang oleh Utusan Malaysia melalui ruangan Awang Selamat, iaitu ruangan yang ditulis oleh pemimpin editorial akhbar Umno itu.

Apa peranan Apco, berapa kerajaan bayar, siapa Apco


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 22 Mac: “Saya mahu menyoal Perdana Menteri kerana jawapan lisan yang diberikannya tidak cukup untuk rakyat. Saya minta kerajaan menjelaskan apakah peranan sebenar Apco, berapa yang kerajaan bayar, siapa Apco, apa peranan dia Apco,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keberanian Nazri diukur


http://cetusan-hati.blogspot.com   
Shad Faruqi berhujjah bahawa perjanjian petroleum antara negeri-negeri dan Petronas adalah tidak terpakai kerana Negeri-Negeri menyerahkan sesuatu yang ia tidak miliki.

Ezam tidak kenal Anwar, sebab itu dia kluk-klek

Muhammad Yusri Amin


KOTA BHARU, 22 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor tidak mengenali Anwar sebenarnya.

Guan Eng rasmi makmal sains pertama SAR

Harakahdaily  

PERMATANG PAUH, 23 Mac: Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kelmarin.

1Malaysia Najib lompang, tiada pengisian – Presiden PAS

Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lompang dan tiada pengisian yang jelas.

Pulau Pinang raikan Chong Wei, Nicol David


PULAU PINANG, 23 Mac — Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol David masing-masing menerima sumbangan penghargaan sebanyak RM20,000 daripada kerajaan negeri malam tadi.

Anwar sedia pertahan dakwaan 'One Israel'

Mac 22, 10 8:09pm



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 'One Israel'.

21 March, 2010

Ku Li Dakwa Petronas Temui Lapangan Minyak Besar

oleh R. Ravichandran

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa beliau diberitahu bahawa syarikat minyak nasional, Petronas, telah 'menemui satu lapangan minyak yang sangat besar, kemungkinan yang terbesar di dunia'.

‘Maraton’ laporan polis siasat Anwar susulan dakwaan Zahrain?

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Siri laporan polis yang pernah disaksikan sejak awal tahun lalu dijangka berterusan - kali ini membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berhadapan dengan serangan politik, ekoran pendedahan kononnya Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri sekiranya rancangan “16 September” menjadi kenyataan.

mno Pasir Puteh hantar surat bantah pendirian Ku Li


PASIR PUTEH, 21 Mac — Umno Bahagian Pasir Puteh menghantar surat bantahan kepada Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kerana kecewa dengan pendirian pemimpin veteran Umno itu berhubung isu royalti minyak.

Agen Israel dalam sistem komunikasi PDRM

http://chegubard.blogspot.com  

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Kedudukan Annuar Musa di Kada tergugat

Harakahdaily  

KOTA BHARU, 21 Mac: Biar pun hampir setahun Datuk Seri Najib Razak menerajui pentadbiran negara, namun orang harapannya di Kelantan dikatakan belum mampu menguasai agensi kerajaan pusat di sini.

Selangor akan ‘merakyatkan’ khidmat bekalan air


Harakahdaily   
KLANG, 21 Mac: Langkah Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih konsesi air daripada tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga dialu-alukan oleh rakyat dan sudah tentu akan ‘merakyatkan’ perkhidmatan bekalan air, bukan mementingkan keuntungan sahaja.
 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.