Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

25 March, 2010

Tak Jadi Pilihanraya.. Gertak je tu!! Yip tarik balik surat letak jawatan

Abdul Rahim SabriMac 24



ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya lewat petang ini, melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yazid mengesahkan bahawa beliau menerima SMS dari Yip pada kira-kira jam 7 malam ini.
Ekoran keputusan Yip itu, beliau berkata, kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong "dan masih ada orangnya".
Menurut Yazid, dalam SMS tersebut, Yip berkata beliau telah menyedari dan menginsafi tindakannya meletakkan jawatan sebelum ini.
"Katanya, beliau lebih mementingkan parti dan penyokongnya di kawasannya dan di negeri Perlis," kata Yazid.
Menjawab soalan, Yazid menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana ada sebarang janji yang ditawarkan.
Isnin lalu, Pada Yip, 52 menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi kerana kecewa tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri Perlis.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.