Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

23 March, 2010

Pulau Pinang raikan Chong Wei, Nicol David


PULAU PINANG, 23 Mac — Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy negara Datuk Nicol David masing-masing menerima sumbangan penghargaan sebanyak RM20,000 daripada kerajaan negeri malam tadi.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata sumbangan itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada kedua-dua wira negara itu yang juga merupakan anak jati Pulau Pinang.
“Kerajaan negeri tidak berpuas hati sekiranya kejayaan yang begitu gemilang tidak diberi sedikit imbuhan, lantaran itu pihak kerajaan negeri memberi sumbangan ini sebagai tanda penghargaan,” katanya kepada pemberita di sini.
Katanya negeri itu berasa bertuah kerana adanya jaguh dunia itu dan berharap mereka dapat menyumbang bakti melatih generasi baru terutamanya generasi negeri itu.
Baru-baru ini, Chong Wei merangkul kejuaraan All England ke-100 manakala Nicol memenangi Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur CIMB Sabtu lalu.
Sementara itu, Chong Wei berkata beliau bertuah menerima penghargaan daripada kerajaan negeri itu. — Bernama

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.