Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

13 February, 2010

Adik Presiden PAS meninggal dunia


Harakahdaily   
KUALA TERENGGANU, 12 Feb: Adik Presiden PAS, Hajah Aishah Awang, 58, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, jam 7.28 malam ini.

Kerajaan alami masalah kewangan serius


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS melihat Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal di mana kementerian dan agensi kerajaan telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.

12 February, 2010

'Bebas dari galas biawak hidup’ – PKR P Pinang


Mohd Sabri Said   
PULAU PINANG, 12 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti pagi tadi.

Pengerusi YBK belanja RM500 ribu dalam 16 hari

SHAH ALAM, 9 Feb - Di kalangan ADUN Barisan Nasional di Selangor yang didakwa menghabiskan peruntukan RM500,000 dalam tempoh beberapa minggu sahaja sebelum pilihanraya 2008,  Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Datuk Zainal Abidin Sakom mungkin muncul sebagai juara.

Lim Guan Eng menjawab segala tohmahan kawan dan lawan


Muslihat untuk cemar Kerajaan Pulau Pinang tidak akan berjaya

Bermati-matian Pertahan Kalimah Allah..Bermati-matian Tolak Undang-Undang Allah

Klik tajuk untuk paparan imej.

Umno Besut tidak iktiraf jawatan Muhyiddin?


Harakahdaily   
BESUT, 11 Feb: Kemelut yang melanda Umno Terengganu nampaknya semakin membarah apabila kain rentang satu program timbalan presiden parti itu yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini tidak dipaparkan sebarang jawatannya.

80.8% rakyat Kelantan tolak wang ehsan

Nazri Abdullah


KOTA BHARU, 11 Feb: Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.

Skrip filem konspirasi tertangguh dari 1998 di teruskan semula!

Klik tajuk untuk paparan imej.

Ramai tidak faham maksud perbincangan PAS-Umno

M Faqih  

KOTA BHARU, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS menganggap banyak pihak tersasar memahami maksud sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan perbincangan PAS dan Umno.

11 February, 2010

Nizar masih MB Perak yang sah: Ku Li


KUALA LUMPUR, 10 Feb - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tindakan tegas terhadap Zulkifli Nordin - Anwar


KUALA LUMPUR, 10 Feb - Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengenakan tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin berikutan kenyataan yang dikeluarkannya bertentangan dengan prinsip parti dan dasar Pakatan Rakyat (PR).

10 February, 2010

Jemputan ke Forum Dunia Islam


KUALA LUMPUR, 9 Feb - Dua ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad dan Dr. Siti Mariah Mahmud telah dijemput untuk menyertai Forum Dunia Islam ke-15 yang akan diadakan di Doha, Qatar mulai Februari ke-13 ini.

09 February, 2010

Selamat Tinggal Istana Kehakiman

Penyokong DS Nizar bersolat di luar Istana Kehakiman.

Bertarung di `mahkamah rakyat' – Nizar


Nazri Abdullah   
PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Rayuan Nizar ditolak

Nazri Abdullah
PUTRAJAYA, 9 Feb: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah secara sah dan mengikut Perlembagaan.

Pulau Pinang Maju, Umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

08 February, 2010

Anwar bimbang cara penghakiman kes liwat


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bimbang dengan cara penghakiman kes liwat yang melibatkannya.

07 February, 2010

Hang tau ka? Depa berDEMO pasai 2 perkara ni....

Inilah 2 perkara kenapa demonstrasi 5 Feb telah di anjurkan oleh NGO melayu di ketuai oleh PERKASA, Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, GPMS serta beberapa NGO melayu. Pasal 2 perkara ni gak lah sorang YB di Penang tuduh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng sebagai anti melayu dan mengenepikan kepentingan melayu.

K'jaan negeri buat laporan polis terhadap DPMMPP

Kerajaan negeri membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) yang didakwa membuat kenyataan palsu mengenai kerajaan negeri.

Perhimpunan 'Sedaq' mahu jaga kepentingan Umno

Ali Hashim


GEORGETOWN, 6 Feb: Perhimpunan 'Sedaq' sepertimana yang diuar-uarkan akan dihadiri oleh 10 ribu orang tidak kesampaian apabila tidak seberapa  orang yang menyertai perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang berkiblatkan Umno dan Barisan Nasional itu.

Chua dakwa Umno guna isu Allah pecahkan Pakatan

Abdul Rahim Sabri


Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata penggunaan kalimah Allah sehingga tercetusnya insiden pembakaran gereja dan rumah ibadat adalah "isu politik bukannya isu agama".

ZAMBRY & UMNO BN GUNA JENTERA DAN PEGAWAI KERAJAAN PERTAHAN KEPENTINGAN POLITIK MEREKA

Zambry dan UMNO BN sangat terdesak, resah dan gelisah sekarang menanti keputusan Mahkamah Federal 9 Februari ini. Mereka tidak yakin dengan penghakiman yang akan dibuat oleh para hakim dalam menentukan siapa MB yang sah di Perak. Malam tadi dan sebelum ini mereka menganjurkan solat hajat yang pastinya bertujuan mempertahankan kuasa haramnya itu. 
 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.