Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

23 March, 2010

PAS cadang hantar memo kepada Raja-Raja


Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mencadangkan agar Ahi Parlimen PR menghantar memorandum khas kepada Majlis Raja-Raja Melayu meminta satu siasatan dijalankan ke atas penglibatan Apco Worldwide dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia. 
  
Beliau turut mempersoal tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil Apco sebagai penasihat kepada pentadbiran negara.
"Saya mencadangkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menghantar memorandum khas kepada Majlis Raja-Raja Melayu meminta Majlis Raja-Raja Melayu meneliti perkara ini.
"Kenapa kerajaan perlu mengambil khidmat syarikat antarabangsa yang terlibat dengan rejim zionis, sedangkan banyak lagi syarikat antarabangsa mahupun tempatan yang boleh menjadi jururunding," katanya yang juga Naib Presiden PAS pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari ini.
Anwar sebelum ini, mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan ‘One Israel'.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.