Hashim Abdullah
KUALA KRAU, 28 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar)berkata, pihaknya akan mengadakan kempen ‘Jom Kembali Ke ladang’, bagi merangsang anak muda mengusahakan sendiri kebun mereka bagi meningkatkan pendapatan.
Berucap pada program penerangan khas sempena Mesyuarat Cabang PKR Kuala Krau, di Felda Jenderak Utara, petang semalam, Mazlan berkata peningkatan pendapatan lebih besar menunggu masyarakat peneroka apabila kebun diusahakan sendiri tanpa bergantung kepada kapitalis yang dicipta pemerintah Umno.
Kempen yang akan dilancarkan oleh Mazlan ini adalah kesinambungan kempen-kempen yang dibuat oleh Anak pimpinan Mazlan untuk membela nasib peneroka Felda.
Sebelum ini, beliau telah ditahan polis dan didakwa ekoran aktivitinya menyedarkan masyarakat Felda tentang hak mereka sebagai peneroka.
Kempen yang akan dilancarkan oleh Mazlan ini adalah kesinambungan kempen-kempen yang dibuat oleh Anak pimpinan Mazlan untuk membela nasib peneroka Felda.
Sebelum ini, beliau telah ditahan polis dan didakwa ekoran aktivitinya menyedarkan masyarakat Felda tentang hak mereka sebagai peneroka.
“Sudah ada peneroka yang berani mengusahakan ladang mereka sendiri, terbukti mereka berjaya memperolehi pendapatan jauh lebih besar dari apa yang diusahakan dengan Felda. Sebab itu kita akan adakan kempen Jom Kembali Ke Ladang, kita nak rangsang anak muda ke kebun bagi mengusahakan sendiri.
“Kita tak mahu melihat masyarakat peneroka dibebani hutang, kita kena berani, kita nak halau kapitalis yang dicipta pemerintah Umno yang namanya Teknoplant,” katanya.
Mengulas tekanan yang dialaminya dan kesukaran menjelaskan isu yang berlaku melalui ceramah dan sebagainya, Mazlan hairan mengapa pemimpin Umno dan Felda terlalu takut dengan penjelasan yang ingin disampaikannya kepada masyarakat Felda.
“Saya hairan mengapa pemimpin Umno dan Felda terlalu takut kalau mereka tak buat salah. Kalau saya tak betul mereka boleh saman saya, memang saya dah kena saman pun, jadi apa mereka nak takut kalau mereka tak salah,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Turut menyampaikan penerangan Wan Rohimi Wan Daud dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau, Suhaimi Said.
0 comments:
Post a Comment