Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June menyelar Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail sebagai "batu penghalang" perpaduan yang wajib ditolak oleh rakyat!
"Dalam Mesyuarat Agung PERKASA, Ibrahim Ali mengeluarkan hujah-hujah perkauman yang ekstrem dan menjulang keris; sementara bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang pernah mengeluarkan hujah 'kaum pendatang', kini bersiap sedia untuk kembali. Malah, kita tidak boleh memandang remeh sikap Ahmad Ismail yang angkuh itu, malah perlu mencegah rasisme daripada membakar semula," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Low Chew June menyifatkan Ibrahim Ali dan Ahmad Ismail adalah penganut rasisme yang pantang melihat keamanan dan kedamaian negara. Low Chew June menganggap tindakan mereka yang ekstrem akan menjejaskan perpaduan negara, malah terpesong dari Perlembagaan Persekutuan, bercanggahan dengan gagasan 1Malaysia yang disarankan Perdana Menteri Najib Razak.
Low Chew June (gambar kanan) juga kesal dengan hujah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menurutnya "ekstrem", malah menyifatkan hujah tersebut sebagai "mengapi-apikan", menyemarakkan fahaman perkauman. "Sebagai seorang bekas PM, Mahathir seharusnya berada pada landasan yang betul untuk memupuk perpaduan rakyat demi kepentingan semua," katanya.
*Kenyataan media oleh Low Chew June selaku Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA. Diterjemah dari kenyataan asal edisi bahasa Cina.
0 comments:
Post a Comment