Ringkasnya, kemelut dalaman dan luaran MCA sebenarnya saling berkaitan, begitu juga dengan puncanya. Kebergantungan kepada sumber kerajaan mengakibatkan MCA tidak berani untuk mencabar kuasa UMNO, termasuk peraturan pengagihan sumber. Pemimpin MCA bukannya tidak menyedari masalah ini, cuma tidak terdaya untuk berbuat apa-apa.![]() Oleh yang demikian, Kempen Pembelajaran Sepanjang Hayat, program kebajikan, yang melimpah semasa zaman Ong Ka Ting tidak terlari daripada logik pengagihan sumber ini. Oleh kerana Ong Ka Ting hanya menumpu kepada "pengurusan sumber", dan tidak berani untuk respondkepada kuasa UMNO, maka retorik politiknya untuk menutup kelemahan diri telah ditolak oleh pengundi. Lantaran itu, jawatan MCA berkurangan, mencetus perang perebutan sumber yang berlanjutan selama 18 bulan. ![]() Cara pentadbiran Ong Tee Keat sungguhpun tidak cukup halus, tetapi imejnya yang lantang bersuara tetap mendahului pemimpin MCA lain, sama ada persepsi di kalangan Melayu atau bukan Melayu. Chua Soi Lek pula terbeban dengan skandal seksnya. Seandainya beliau gagal mempamerkan kemampuan yang setanding ketika pemilihan parti dalam hal pengendalian hubungan antara MCA dengan UMNO, proses pendemokrasian negara dan sebagainya, maka pesaingnya akan menuduh bahawa beliau tunduk kepada UMNO kerana DVD seksnya. Undi 39% yang diperolehinya akan menjadikannya Presiden yang tempang, dan pergelutan kuasa parti akan kembali setahun kemudian. ![]() Seandainya Chua Soi Lek sekadar versi "Ling Liong Sik yang lebih bijak" dalam persepsi ramai, dan jikalau pemilihan ditundakan sehingga selepas pilihan raya umum yang lain, maka kemungkinan besar perebutan kuasa kali ini bakal menjadi pergelutan parti yang terakhir. Ini kerana tiada makna lagi untuk bertelagah di dalam MCA yang sudah terkubur dalam PRU ke-13. (Bahagian kedua, tamat) Bahagian Pertama: MCA: Pergelutan kuasa yang terakhir? *Artikel ini ditulis dalam bahasa Cina oleh penganalisa politik, Wong Chin Huat. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang. |
0 comments:
Post a Comment