Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

02 April, 2010

Berita terbalik tapi terburuk

http://aksidakwah.blogspot.com/  

1. Malaysia memang mempunyai penduduk 26 juta tetapi separuh daripadanya adalah Muslim. Maknanya lebih kurang 13 juta rakyat Malaysia adalah Muslim.
Pelik juga bila rakyat yang bukan Islamnya hanya sekitar 13 juta orang tapi Malaysia pula menjadi antara 10 negara yang tertinggi mengambil arak. Sedangkan banyak lagi negara lain yang terdiri dari orang bukan Islam dengan jumlahnya yang ramai. Kalau semua rakyat Malaysia yang seramai 26 juta orang itu terdiri dari orang bukan Islam dan Malaysia pula berada antara 10 negara yang tertinggi ambil arak maka itu bukanlah suatu berita yang terbalik. Baca di sini.

2. Bangunan yang baru dibina dah runtuh. Universiti pulak tu... Di Terengganu lagi...!!! Ini satu berita terbalik. Sepatutnya kalau nak runtuh pun, tunggulah siap dibina dulu dan digunakan bertahun-tahun. Tapi Kerajaan UMNO berjaya mencipta banyak berita terbalik tapi semuanya buruk belaka.

Banyak lagi berita terbalik tapi terburuk yang berlaku di Malaysia seperti stadium runtuh sedangkan baru digunakan, injin kapalterbang tiada, kapal selam tak boleh menyelam, orang yang buat lapuran polis mengenai salah laku dan penyelewengan pemimpin UMNO akan disiasat dan ditangkap sedangkan orang sepatutnya disiasat dibiarkan.

Hanya satu cara untuk menamatkan berita terbalik tetapi terburuk ini iaitulah kita semua mesti bertekad menumpaskan Kerajaan BN. Untuk menumpaskannya kita mesti bersatu atas nama Pakatan Rakyat dengan mengenepikan dulu perbezaan pendapat dan mengutamakan persamaan kehendak ialah UMNO/BN mesti ditewaskan dalam PRU 13 nanti.

Jangan ada yang merasa kasih atau was-was dengan hasrat yang mulia ini. Sekiranya UMNO dapat ditumpaskan, Insya Allah kita akan dapat mencipta banyak berita terbalik tapi terbaik. Contohnya bekas MB Perak DS Nizar beri lot tanah kepada orang Cina. Kenapa? Sebabnya Islam suruh beri atas nama manusia dan mereka berhak untuk mendapatkannya. TGHH semasa menjadi MB Terengganu telah beri geran tanah kepada orang yang telah menduduki tanah tersebut sejak lebih 40 tahun. Betapa terbaliknya berita itu sehingga penerima geran tak percaya dan ada yang menangis gembira kerana sejak sekian lama mereka mengharapkan Kejaan UMNO/BN bagi geran tiba-tiba MB Kerajaan PAS yang beri. Mana tau Kerajaan Negeri Pimpinan DAP akan lebih mesra Melayu dan Islam lebih dari UMNO!!??. Dan banyak lagi ..

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang,
Dr Hamzah Jaafar.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.