Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

30 March, 2010

DR CHEN MAN HIN: Kejayaan unik Zaid memecah mitos Melayu lama

Dr Chen Man Hin  

Saya rasa penuh penghargaan apabila Zaid Ibrahim (gambar bawah) meminta saya untuk melancarkan buku versi bahasa Mandarin beliau bertajuk "Saya juga Melayu".
Buku ini menceritakan kisah pencapaian unik Zaid, yang membuatkannya menarik untuk dibaca.

Zaid adalah budak kampong dari Kelantan.  Bapanya bergerak ke sana sini dengan menunggang basikal kerana mereka tidak memiliki kereta.

Pada peringkat pendidikan awal di Kota Bharu, beliau belajar di Sekolah Rendah Sultan Ismail dan menyertai Kolej Sultan Ismail pada usia 13 tahun. Beliau minat membaca dan tahu cara memilih sekolah yang bersesuaian dengannya.

Kemudian beliau memilih untuk belajar di "English College" di Johor Bharu, satu perubahan besar bagi seorang budak kampong dari Kota Bharu.
Beliau memilih kolej itu kerana ia merupakan kolej terbaik dan terdapat percampuran pelajar-pelajar berbilang bangsa.

Tambahan pula ia hampir dengan Singapura, pusat tumpuan ramai.
Dari sana, dengan bantuan biasiswa beliau melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) di Kuala Lumpur, lulus dalam bidang undang-undang.

Dengan ijazah dari Mara, beliau pergi ke London untuk menduduki peperiksaan BAR. Karier beliau dalam bidang undang-undang bermula dengan baik apabila beliau menubuhkan firmanya, Zaid Ibrahim & Co.

Dengan bekerja keras dan memiliki nilai keusahawanan yang tinggi, beliau memperolehi kontrak besar dari PLUS. Daripada situ, beliau terus mencapai peningkatan demi peningkatan sehingga  firma beliau menjadi firma guaman terbesar di negara ini.

Although at the top of his profession, Zaid was not ready to rest on his laurels. His intelligence and quest for new challenges led him into politics which was in a political ferment.

Walaupun sungguh sampai d puncak kariernya, Zaid tidak bersedia untuk berehat. Kepintaran dan keinginannya untuk menghadapi cabaran-cabaran baru membuat beliau menceburi bidang politik. Gamitan politik membuat beliau pertamanya menyertai PAS.

Kemudian beliau menyertai Umno dan dilantik sebagai Menteri Undang- Undang dengan tugas untuk mereformasikan institusi kehakiman.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menerima sokongan Perdana Menteri kepada ISA dan pendirian beliau menentang kes rasuah videotaip Lingam dalam sistem kehakiman yang sudah tercemar.

Ini membuktikan bahawa beliau bukanlah sebarang orang tetapi seorang insan yang mempunyai nilai prinsip dan kewibawaan yang tinggi.

Kini beliau bersama Pakatan Rakyat dan saya fikir beliau bergembira berada dalam golongan masyarakat ini, kumpulan yang mempunyai objektif yang sama, bekerjasama untuk negara yang lebih baik untuk faedah semua rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, Zaid Ibrahim merupakan seorang budak Melayu yang ‘typical’.  Beliau dibesarkan di sebuah kampong di Kelantan. Keluarganya miskin dan tidak memiliki kereta. Beliau mendapat pendidikan yang baik di sekolah dan kolej kerajaan.

Mara membuat beliau menjadi seorang peguam.

Selepas itu, beliau berdikari, hidup berasaskan keazamannya dan membina firma peguam yang terulung. Beliau diberi tugas sebagai menteri dan mengembalikan semula jawatan itu atas dasar prinsip.  Tetapi sekarang ini beliau bergerak dalam kumpulan pembangkang untuk tujuan yang murni – keadilan, demokrasi dan ketelusan.

Beliau memecahkan mitos tradisi atau kepercayaan lama bahawa orang-orang Melayu biasanya mundur, berpeluk tubuh, malas, tiada inisiatif dan bergantung kepada pemberian orang lain.

Zaid membuktikan bahawa orang-orang Melayu adalah bijak, minat belajar untuk menimba ilmu pengetahuan, dinamik dan mampu bekerja keras.
Ramai orang-orang Melayu yang telah menjadi profesional, usahawan dan pemilik perniagaan.  Juga terdapat golongan kelas pertengahan Melayu yang ramai bilangannya.

Anggapan bahawa orang-orang Melayu mundur dicanang oleh kroni-kroni Umno, yang mahu lebih banyak bantuan diberi supaya mereka dapat memenuhi akaun bank mereka.

Kroni Umno yang memperjuangkan Ketuanan Melayu dan mengharapkan bantuannya sebagai satu keperluan untuk bangsa Melayu sebenarnya membuat orang-orang Melayu ketinggalan dari sudut mental.

Keadaan ini membuat orang-orang Melayu merasakan dirinya lemah, dan mereka tidak dapat kekal hidup dalam masyarakat global, di mana kelangsungan hidup bermakna seseoang itu harus berdaya saing, efisyen dan berdisiplin.

Zaid memperlihatkan ciri-ciri bagaimana orang-orang Melayu boleh maju – melalui keyakinan diri, pelajaran, berdaya saing dan kerja keras.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.