Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

19 May, 2010

Pulau Pinang Lantik Penyanyi Nicholas Teo Sebagai Duta Hijau -Bernama

PULAU PINANG, 18 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang melantik penyanyi Nicholas Teo sebagai Duta Hijau bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh berkata Teo terpilih sebagai duta kerana beliau mempunyai pengalaman dan terlibat dalam aktiviti kesedaran memelihara alam sekitar di Taiwan.

Katanya kerajaan juga akan menganjurkan konsert hijau sebagai usaha menyampaikan mesej mengenai isu-isu persekitaran yang perlu dijaga secara berterusan.

Konsert "Go Go Green" pada 5 Jun depan diadakan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia itu akan dimeriahkan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Teo, Shila, Suki Law, Yassin, Rynn Lim dan Preetha.

"Selain konsert, aktiviti lain turut dianjurkan seperti pameran, drama, kuiz dan pertunjukan fesyen," katanya kepada pemberita di sini.

Konsert itu akan bermula 6 petang hingga 12 tengah malam di Autocity, Juru dan tiket percuma boleh didapati dengan menukarkan pelbagai barangan buangan seperti plastik, surat khabar dan tin kosong.

Tiket boleh didapati dibeberapa buah pasaraya di negeri ini secara berjadual antara 22 Mei sehingga 30 Mei.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.