KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.
Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak dekat sini awal pagi ini.
Bung,51, telah berkahwin dengan pelakon jelita Zizie Ezette Abdul Samad,32, hujung tahun lalu.
Dalam perbicaraan awal mereka di mahkamah yang sama pada 20 April baru-baru ini, Bung telah mengaku bersalah kerana melangsungkan perkahwinan keduanya tanpa izin dan kebenaran pendaftar nikah dan mahkamah terlebih dahulu.
0 comments:
Post a Comment