Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

19 May, 2010

JIM P Pinang Kesal Pemberian Lesen Perjudian Bola Sepak Piala Dunia - Bernama

PULAU PINANG, 18 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang mendesak kerajaan menarik balik lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini.

Yang Dipertuanya Mohd Taufek Abdul Rahman berkata JIM bimbang aktiviti perjudian akan meningkatkan gejala sosial, jenayah dan ketagihan judi dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.

Katanya JIM berharap kementerian prihatin dengan kesan yang telah, sedang dan bakal timbul kepada rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah.

"Kita juga khuatir aktiviti meminjam daripada ceti haram seperti ah long akan berleluasa ketika Piala Dunia kerana orang ramai meminjam wang untuk berjudi," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.