Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

19 May, 2010

11 Kawasan Dilanda Banjir, Adun Sri Muda Redah Air - TV Selangor


KLANG 19 MEI: Hujan lebat hampir tiga  jam ermula kira-kira jam 2.30 petang semalam menyebabkan 11 kawasan rendah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda dilanda banjir kilat hingga mencapai paras 1.5 meter.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Suhaimi Shafie turun padang dan meredah banjir bagi meninjau masalah rakyat serta mengkoordinasi bantuan kepada keluarga mangsa banjir.

Sekurang-kurangnya 500 penduduk menjadi mangsa banjir mengalami kesan paling teruk dan terpaksa dipindahkan ke dewan orang ramai di DUN berkenaa.

Kawasan paling teruk terjejas ialah Bukit Lancung dengan 338 penduduk dipindahkan ke dewan orang ramai, selain sebahagian dari Kampung Lancung Jaya, Kampung Bukit Naga, Sri Nadi, Sri Gambut, Taman Sri Muda, Batu 7, Bukit Kemuning, Kampung Kebun Baru 2 dan Johan Setia. 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga diarah menyediakan kemudahan tilam dan selimut kepada semua mangsa terlibat. Bantuan makanan dan minuman turut disediakan kepada semua mangsa yang terlibat.

Polis dan bomba juga membantu pemindahan mangsa banjir dan semua proses berjalan lancar.

Kawasan banjir itu terletak dalam empat wilayah pentadbiran pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam. 

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.