Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

18 May, 2010

Judi Bola: Pemuda PAS Perak, sokong pemuda Umno Parit - Harakahdaily

Harakahdaily  

IPOH, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh pendirian Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Parit yang membantah kelulusan Kerajaan Pusat membenarkan perjudian pertandingan bolasepak Piala Dunia tahun ini.


Namun Timbalan Ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, DPPN Pk sedih dengan sikap dan pendirian Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang tidak membuat pendirian yang sama di dalam isu ini.

DPPN Pk melihat seolah-olah Pemuda Umno Perak menyokong judi bolasepak tersebut kerana hanya Pemuda Umno Parit sahaja yang tampil menyatakan bantahan mereka.

DPPN Pk katanya bersedia untuk berkongsi pentas dengan Pemuda Umno Perak membuat sidang media bersama bagi mengzahirkan bantahan terhadap judi bolasepak tersebut.

"DPPN Pk berharap Pemuda Umno Perak jangan memalukan masyarakat kaum Melayu / Islam di dalam perkara ini. Kita sepatutnya menyokong bersama pendirian Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak di dalam perkara ini dengan kenyataan yang jelas dan berani," tegasnya lagi.

Menurutnya, sangat malang bagi masyarakat kaum Melayu Islam bahawa sebuah parti Melayu yang mendakwa menjaga kepentingan umat Islam tidak langsung berani membantah akan perkara tersebut.

"Jika DAP pun sanggup menghantar memorandum bantahan, amat malang bagi Pemuda Umno Negeri Perak yang mengaku sebagai pejuang bangsa dan agama gagal membuat demikian.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.