Keputusan PRK Sibu merupakan lambang kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak, dan tsunami politik telah melanda ke tebing Laut China Selatan. "Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap Barisan Nasional," kata penganalisa politik, Wong Chin Huat. ![]() "Tiada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa Malaysia Timur adalah deposit tetap BN pada hari ini. Tidak semestinya begitu. Keputusan PRK juga menunjukkan bahawa bukan sahaja Cina yang menolak BN, malah undi Melayu juga kurang mantap (untuk BN)," kata Wong Chin Huat. ![]() Penambahan undi Cina DAP sepatutnya memperolehi majoriti yang melebihi 2,000 undi, seandainya tiada "penyelewengan" seperti Suruhanjaya Pilihan Raya yang tidak profesional dan rasuah politik yang disogokkan secara terbuka, menurut Wong Chin Huat. Selain daripada itu, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP, Liew Chin Tong pula menyatakan bahawa keputusan PRK Sibu memperlihatkan DAP berjaya mengekalkan undi Iban dan Melayu, di samping penambahan undi Cina. Keadaan ini agak menarik apabila undi Melayu dan Iban tidak menjunam biarpun diserang dengan jentera negara dan rasuah politik yang berleluasa. ![]() SUPP mungkin jadi MIC Kekalahan SUPP kali ini melakar gambaran politik di Sarawak, memperlihatkan bagaimana BN yang dikejar dari belakang kini menemui jalan buntu di hadapan. Agak sukar untuk SUPP mencari penarik undi untuk dirinya. Sementara pimpinan Ketua Menteri Taib Mahmud semakin hilang sokongan, SUPP juga tidak boleh mengharapkan Pengerusi BN, Najib Razak. Dengan ini, SUPP mungkin mengikut jejak MIC pada PRU yang akan datang. ![]() Selain itu, Liew Chin Tong berkata bahawa PRK Sibu telah menggagalkan strategi lawan yang menggunakan "Negara Islam" sebagai senjata untuk menakut-nakutkan komuniti bukan Islam. Beliau menambah, PRK ini memberi kesan kepada kelangsungan SUPP memandangkan parti ini gagal menarik sokongan pengundi baru, meskipun mengekalkan asas sokongannya. ![]() UMNO mempercepatkan langkah ke Sarawak Selain itu, Wong Chin Huat juga menganggap kemenangan PR dalam PRK Sibu akan mempercepatkan langkah UMNO memasuki Sarawak. Bagaimanapun, Wong Chin Huat menjangkakan dilema yang dihadapi UMNO, kerana kemasukannya ke dalam Sarawak seolah-olah langkah membunuh diri, sebaliknya keadaan BN gagal diredakan seandainya UMNO tidak masuk ke Sarawak. ![]() Liew Chin Tong pula menganalisa politik Sarawak dari segi geografinya, yang mana DAP telah menembusi Sarawak Selatan (Kuching), kini pula bertapak di Sarawak Tengah berikutan kemenangan ini. Presiden SUPP George Chan Hong Nam sedang menguasai Utara Sarawak setakat ini. ![]() Kedua-dua Liew dan Wong meramalkan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun ini, namun menjangka ia mungkin ditundakan sehingga tahun depan, atau diadakan bersama PRU ke-13, selepas kekalahan BN semalam. *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, dan Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal. |
0 comments:
Post a Comment