Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

16 April, 2010

Wakil PAS dedah halangan Keda bantu rakyat

Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 15 April: Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) mendakwa wujudnya 'tangan yang menghalang' di belakang Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dalam urusan pembangunan rakyat.
Dr Hayati (gambar) sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, kewujudan 'tangan' itu disedari apabila terdapat kes seorang penduduk yang pembinaan rumahnya terhenti, dipercayai dihalang pihak tertentu walaupun telah diluluskan Keda sebelum ini.
"Kejadian berlaku terhadap Sobri Mohd Rotin dari Kampung Telok Yan. Rumah sudah dirobohkan, kontraktor telah datang membawa batu bata dan pasir tapi ada tangan-tangan yang saya tak tahu, sebab itu saya tanya berhubung dengan JKKKP kali ini.
"Ada tangan-tangan di atas menghalang kontraktor membuat rumah dan sampai sekarang dia belum lagi mendapat rumah tersebut. Jadi saya harap pihak menteri dapat memberi jawapan berhubung masalah ini kerana ia merupakan rakyat miskin dan perlukan bantuan daripada Keda dan Keda telah luluskan. Kalau tidak luluskan, lain cerita," katanya.
Beliau turut mempersoalkan kuasa di antara Keda dan Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dalam urusan pembahagian elaun.
"Siapa yang lebih berkuasa, adakah JKKKP dengan pegawai Keda yang menjalankan tanggungjawab?" soalnya.
Menjawab dakwaan tersebut, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hasan Malek meminta supaya bukti mengenai kes yang didakwa itu diserahkan kepada kementerian bagi memudahkan pihaknya menyelesaian masalah yang timbul.
Sebelum itu, Dr Hayati meminta kementerian itu menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Keda untuk membayar elaun KKKP di Kedah pada pembayaran elaun bagi tahun 2008 dan 2009.
Menteri dalam jawapannya memberitahu, penyaluran elaun-elaun bagi JKKKP negeri Kedah adalah diselaraskan melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) manakala Keda hanya berperanan sebagai agensi pembayar.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.