Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa lucu di atas penafian Zambry Abdul Kadir yang membayangkan bahawa tiada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang terdekat walau pun kajian menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan boleh memenanginya kembali adalah pandangan tidak tepat.

Perkara yang menarik juga, adakah PRN bakal diadakan dalam masa yang terdekat? Adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menjadi bebas tidak lagi menyokong BN? Mungkin perkara yang sama juga akan dilakukan oleh Zambry untuk memohon Seri Paduka Sultan Perak membubarkan DUN Perak sepertimana yang telah pernah dilakukan oleh Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu.

DPPN Pk bimbang dengan suasana yang tidak kukuh ini akan menyukarkan pertumbuhan ekonomi yang masih dilihat tidak bermaya dengan suasana kemelut Negeri Perak ini yang tiada kesudahannya. Lumpuh ekonomi, maka lumpuhlah kerajaan negeri kerana pelaburan tidak diterima dan masuk walau apa pun alasan yang diberikan atau lakonan yang ditayangkan.
*Kenyataan media oleh Raja Ahmad Al-Hiss selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
*Kenyataan media oleh Raja Ahmad Al-Hiss selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
0 comments:
Post a Comment