Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

13 April, 2010

Serangan Zaini Hassan ke atas Malaysiakini Tidak Wajar


Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa kesal ke atas serangan editor kanan Utusan Malaysia, Zaini Hassan bahawa kononnya "bermula mereka, bermulalah masalah segalanya" dan menyifatkan editor Malaysiakini sebagai "orang media yang berkecewa".

Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang berpendapat bahawa Zaini Hassan (gambar kiri)-lah "orang media yang kecewa" kerana tidak dapat bersaing dengan Malaysiakini.  Media cetak yang dipimpin oleh beliau kini mengalami masalah yang besar kerana semakin tidak popular.  Kebelakangan ini, ada laporan menyatakan cetakan Utusan Malaysia jatuh teruk sehinggakan ke 30,000 sehari sahaja.  Ini adalah tamparan hebat kepada sebuah akhbar arus perdana yang jualannya luas sehingga seluruh pelosok Negara.
Utusan Malaysia pimpinan Zaini juga dimiliki UMNO dan terkenal dengan pelbagai tohmahan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.  Ini menyebabkan banyak laporan Utusan Malaysia tidak objektif dan berat sebelah, malah banyak laporan yang tidak berasas seperti kes Teresa Kok.  Baru-baru ini enam wakil rakyat Pakatan Rakyat di negeri Selangor juga mengutuk Utusan Malaysia kerana laporannya tidak menghormati Sultan Selangor.
Sebaliknya portal media Malaysiakini merupakan media yang semakin popular.  Mengikut laporan, ia mempunyai 1.6 juta pelangan buat masa ini.  Mereka menerima lebih 37 juta layaran dan 750,000 muatan turun video sebulan.  Oleh kerana laporannya yang objektif dan mendalam, ia menerima banyak anugerah dalam negeri baik dari luar Negara.  Baru-baru ini, Malaysiakini menerima anugerah salah satu Media terulung olehAssociation of Accredited Advertising Agents Malaysia.
Portal media Malaysiakinimembuktikan kepada Zaini Hassan bahawa ia bukan masalah kepada rakyat, malah berjuta-juta rakyat berpusu-pusu membayar kepadaMalaysiakini untuk mendapatkan berita yang adil dan objektif.  Anugerah yang diterima oleh Malaysiakini sekali lagi membuktikan bahawa ia disanjung oleh agensi media.
Parti Keadilan Rakyat mendesak Zaini Hassan memohon maaf kepada Malaysiakini kerana memperalatkannya sebagai alat "witch hunt" kepada Konvensyen Barisan Nasional demi motivasi ahli-ahli Barisan Nasional Selangor yang kian kehilangan semangat dan tidak ada hala tuju.  Mereka seharusnya fokus kepada kelemahan sendiri bukannya menyapukan segala masalah dalam tikar.
*Kenyataan media oleh Sim Tze Tzin selaku Ketua Biro Komunikasi dan Media Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang merangkap ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.