Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

12 April, 2010

Majlis keraian & penghargaan sempena persaraan Haji Razman Haji Zakaria (YDP Pas Lenggong)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Selangor semalam telah menganjurkan satu Majlis Keraian dan Penghargaan sempena persaraan Haji Razman Bin Haji Zakaria (YDP PAS Lenggong) yang memengang jawatan sebagai Penolong Kanan Pengarah Kastam Selangor. Majlis diadakan di Dewan Kompleks Kastam Kelana Jaya dan dihadiri oleh Ketua Pengarah Kastam Selangor dan Pegawai - Pegawai Kanan Kastam Selangor.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) UKM dan Master In Public Adminstrator UM melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia (PERKASA) yang dipegang selama 10 tahun, Naib Pengerusi Majlis Bersama Kebangsaan (MPK) Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Naib Pengerusai Badan Kebajikan Islam Kastam (BAKISKA).

Dengan adanya majlis ini, satu lagi fitnah dan pembohongan UMNO Lenggong dapat di dedahkan kerana setelah Hj Razman menerajui Pas Lenggong ada fitnah dari pihak UMNO Lenggong yang mengatakan bahawa Hj Razman telah dipecat dari Jabatan Kastam kerana kes salah laku. Ini juga membuktikan bahawa UMNO Lenggong sangat terdesak apabila melihat gelombang kebangkitan Pas Kawasan Lenggong yang dipimpin beliau. Nampak gayanya berbisa juga YDP Lenggong ni.....



0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.