Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

27 April, 2010

Polis dakwa Malaysiakini tak bertanggungjawab


Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada Malaysiakini berhubung apa yang didakwanya laporan tidak bertanggungjawab mengenai pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Ahad lalu.
Akhbar bahasa Inggeris The Star pada versi cetakan dan juga onlinememetik kenyataan ketua polis Selangor itu yang “seorang wartawan dari Malaysiakini akan dipanggil kerana membuat laporan palsu dan menimbulkan keresahan serta ketakutan di kalangan pengundi.”

Secara khusus, Khalid dilaporkan berkata bahawa “laporan media alternatif yang 25 orang telah ditangkap kerana membawa senjata berbahaya adalah tidak benar”.

"Saya nafikan laporan tersebut yang dilihat boleh menimbulkan perasaan takut kepada pengundi dan kita akan buat laporan polis terhadap media terbabit dan memanggil wartawan yang menulisnya," katanya.

Menurut Khalid polis ingin mengetahu pihak yang membekalkan maklumat palsu itu kepada Malaysiakini pada sidang medianya di Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ketika dihubungi semalam oleh Malaysiakini bagi mendapatkan penjelasan dan pengesahan, Khalid mengakui beliau mengeluarkan kenyatan berkenaan.

Katanya “ketika masa yang senstif, Malaysiakini menerbitkan berita seumpama itu yang mungkin menakutkan orang ramai daripada keluar untuk mengundi.”

Beliau seterusnya memberi amaran sekiranya Malaysiakinimeneruskan perkara seumpama itu, mereka akan dihumban ke dalam lokap.

Apabila dimaklumkan bahawa Malaysiakini tidak pernah menerbitkan berita seumpama itu di laman sesawangnya, Khalid menolak fakta itu.

“Adakah itu yang anda kata? Anda tidak menerbitkan laporan itu? Polis menahan beberapa bas yang membawa pengundi hantu? Anda memang menerbitkan berita itu dan kemudian dengan segera mengeluarkannya semula.”

“Ia adalah okay, kerana kami (polis) telah mencetaknya. Kami mempunyai salinan artikel berkenaan,” kata Khalid.

Semakan Malaysiakini mendapati tidak ada artikel yang menyebut “25 orang ditahan polis” mahupun laporan mereka “membawa senjata berbahaya” ke pusat pengundian yang disiarkan oleh portal berita itu.

Malaysikini cuma menerbitkan sebuah artikel menceritakan bagaimana pemuda PKR menahan beberapa bas yang mereka dakwa membawa pengundi hantu. Malah dalam artikel berkenaan, langsung tidak disebut mengenai sesiapa yang di tahan atau ditemui sebarang senjata.

Ditanya lebih lanjut, Khalid mengakui bahawa perkara itu dibawa ke perhatiannya bukan melalui pegawai polis tetapi daripada seorang wartawan media arus perdana.

Katanya, wartawan itu membaca laporan Malysiakini dan membawanya ke pengetahuan kepada polis.

Khalid juga berkata 'bukti' juga dibekalkan oleh wartawan yang melaporkan perkara berkenaan.

Ditanya pula mengenai kedudukannya, sama ada beliau mempercayai apa yang dilaporkan wartawan media arus perdana itu, Khalid mengakui mempercayainya.

"Sudah tentu, jika tidak mereka tidak akan membuat laporan.”

Khalid kemudiannya memberitahu Malaysiakini, "tunggu, jika perlu kami akan memanggil kalian untuk penjelasan. Semak semula, anda memang menyiarkan berita berkenaan.”

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.