Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25 April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?
Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?
Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.
Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:
pastikan lokasi membuang undi anda dihttp://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx
pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalan raya sesak.
keluarlah mengundi seawal yang mungkin.
Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:
ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi
berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu
sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda
datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral
Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.
Sama-sama Selamatkan Malaysia.
Datuk Zaid Ibrahim
0 comments:
Post a Comment