Lim Hong Siang | Mar 16, 2010 03:28:28 pm
Nasib sesebuah parti politik sebenarnya sudah terjawab, apabila seorang "bekas Presiden" diseru agar kembali ke gelanggang politik untuk menyelamatkan partinya yang mempunyai jutaan keahlian. ![]() Demikianlah kesuraman yang menyelubungi MCA, selepas parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional ini dilanda "tsunami politik" pada 8 Mac, dua tahun yang lalu. Proses penyingkiran... Pada hakikatnya, pergolakan MCA sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sama ada di depan mahupun di belakang tabir, telah menyingkirkan sebahagian pemimpin-pemimpinnya dalam parti. Sekali imbas, perbalahan antara Ling Liong Sik dengan Lim Ah Lek walaupun kelihatan "diredakan" semasa zaman gandingan Ong Ka Ting-Chan Kong Choy, namun pada hakikatnya tidak. ![]() Tanpa diduga, pemimpin yang memperolehi "restu" daripada Ong Ka Ting ditolak kuasa rakyat dalam PRU ke-12. Sementara pemimpin senior disingkirkan melalui dua proses tersebut, pemimpin lapisan muda pula terlalu mentah untuk menghadapi kemelut dalaman ini, apatah lagi kemampuannya untuk menggarap imaginasi pengundi muda di luar parti, dengan MCA sebegitu rupa. Jadi, MCA sebenarnya tiada pilihan. 25 daripada 40 calon kawasan parlimennya kecundang dalam PRU ke-12. Pada peringkat negeri, sumber terputus dengan hilangnya kuasa terhadap beberapa negeri. MCA hanya menang 31 daripada 90 DUN yang dipertandingkan. Kekalahan ini berlaku pada zaman pemerintahan Ong Ka Ting. Dalam suasana MCA kekal "damai dan harmoni" di permukaannya sekalipun, MCA tewas hingga ke paras satu pertiga. Dan kini, dengan ironinya, malah secara dramatiknya, nama Ong Ka Ting dijulang sebagai penyelamat MCA. Prestasi Ong Ka Ting ![]() Dari segi agama pula, Ong Ka Ting bersama lapan orang Menteri bukan Islam yang lain, pernah menyerah satu memorandum kepada PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi, menggesa agar dikaji semula artikel 121 (1A) dalam Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya untuk menarik balik memorandum tersebut telah memberi persepsi bahawa beliau seorang pemimpin yang lemah, malah disifatkan sebagai "pengecut" ketika berdepan dengan UMNO. ![]() Dalam isu kebebasan bersuara pula, Ong Ka Ting gagal mempertahankan Ketua Pengarang China Press, yang mendedahkan isu ketuk ketampi bogel dalam lokap pada akhir tahun 2005. Media cetak tersebut sekadar melakukan kesilapan teknikal, dengan sangkaan bahawa mangsa tersebut berbangsa China. Pada hakikatnya, peristiwa "ketuk ketampi bogel" benar berlaku, walaupun terbukti kemudiannya bahawa mangsa tersebut adalah warga Malaysia. Mengapa nama Ong Ka Ting dijulang? ![]() Pada tahun 2001, ketika Team A yang dipimpini Ling Liong Sik mengambil keputusan untuk mengambil alih Nanyang Holdings, yang memilikiNanyang Siang Pau dan China Press, Ong Ka Ting adalah pendukung cadangan ini. Pengambilalihan ini seolah-olah ulang tayang pengambilalihan Utusan Melayu oleh UMNO pada awal tahun 1960-an, cuma dalam versi Cina. ![]() Situasi ini memberi laluan kepada Tiong Hiew King untuk menguasai keempat-empat akhbar harian bahasa Cina kemudiannya. Persoalannya, mengapa MCA ketika di bawah pimpinan Ong Ka Ting, menjual sahamnya kepada Tiong Hiew King, yang sudah tentu sedar bahawa keputusan tersebut bakal menjurus kepada senario monopoli dalam pasaran akhbar Cina? ![]() Ong Ka Ting mendapat liputan positif Jelas, ini kes kajian hubungan antara media dengan politik, bahkan antara politikus dengan tycoon media. Ketika zaman Ong Ka Ting menyandang Presiden MCA, ada yang berseloroh bahawa liputan negatif mengenai Ong Ka Ting hanya boleh dibaca melalui Oriental Daily. Ong Ka Ting, dikritik sebagai "mengelak dan menghindari politik", melakukan segala-galanya yang tiada kaitan dengan "politik", misalnya, pembelajaran sepanjang hayat (Life Long Learning). Kritikan sedemikian yang terpapar di Oriental Daily mengundang sekatan terhadap akhbar itu, sehingga ada pengamal media Cina yang berjenaka, "bukan sesuatu yang baik jikalau Presiden MCA celik bahasa Cina." ![]() Kebangkitan Ong Tee Keat sebagai Presiden baru telah mengubah segala-galanya. Hubungan Ong Tee Keat dengan Sinchew walaupun bukannya "dahsyat", namun jelas "tidak semesra" Ong Ka Ting. Ong Tee Keat berdepan dengan satu situasi di mana beliau dikritik sehabis-habisnya oleh akhbar Cina, yang sememangnya tidak akan berlaku pada zaman Ong Ka Ting. Keadaan ini jelas diperlihatkan apabila media Tiong Hiew King "berperang" dengan media di bawah Huaren Holdings Sdn Bhd yang dipegang oleh MCA, ketika Ong Tee Keat bertarung dengan Chua Soi Lek dan Tiong King Sing khususnya. Penentu Presiden MCA Jadi, sementara penganalisa politik menyindir UMNO-lah yang menentukan siapanya Presiden MCA, tuduhan ini agak kurang tepat kerana sudah ketinggalan zaman. Jikalau ditanyakan Presiden UMNO, Najib Razak sekarang, beliau tidak semestinya tahu calon dan formula manakah yang terbaik untuk MCA. Dengan ini, sudah terjawab sama ada Ong Ka Ting kembali untuk menyelamatkan MCA, atau kepentingan pihak tertentu? Jawapannya cukup jelas. Tetapi, persoalan yang lebih penting, bukankah sesiapa sahaja akan menanggung risiko yang tinggi dengan hubungan media-politik sebegini, termasuk Ong Ka Ting, Najib dan lain-lain pada suatu hari kelak? *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu. |
0 comments:
Post a Comment