Oleh: WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR, 15 Mac: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB. Dato’ Mukhriz Mahathir diminta mengemukakan bukti tentang rekod penghijrahan rakyat negeri Kedah ke negeri-negeri lain sehingga tahun 2008.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, Kerajaan Negeri juga turut membawa pelaburan tambahan sebanyak satu billion bagi sebuah kilang di Kulim Hi-Teck Park yang mampu memberi peluang 1,000 pekerjaan.
“Di samping itu, Kedah adalah antara negeri kelima terbaik dari segi pelaburan di negara ini dan juga di luar negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan YB. Dato’ Mukhriz Mahathir berhubung prestasi pembangunan di negeri ini disifatkan sebagai amat mengecewakan sejak dua tahun Pakatan Rakyat (PR) diberi peluang memerintah.
Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, banyak aset di Kedah yang tidak dieksploitasi sepenuhnya untuk kemajuan bagi menjana pendapatan penduduk.
Tambahnya, Kedah memiliki banyak potensi untuk diketengahkan dalam pelbagai sektor, antaranya pelancongan dan ekonomi, namun tidak diterokai sebaiknya.
YB. Amiruddin menjelaskan, Kerajaan Negeri turut berusaha meningkatkan pembangunan sektor pelancongan di Langkawi dan tanah besar.
0 comments:
Post a Comment