Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

16 March, 2010

Nik Aziz saran wujudkan Kelab Penyokong Islam


Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 15 Mac — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta guru-guru agama dari Singapura meningkatkan gerak kerja dakwah untuk memperkenalkan Islam di kalangan masyarakat Cina di republik sambil mengesyorkan penubuhan Kelab Penyokong Islam.

“Saya minta kepada guru-guru berkenaan supaya memperkenalkan Islam kepada orang Cina di sana supaya suatu hari nanti orang Cina juga boleh jadi pendakwah Islam, boleh jadi imam, jadi khatib dan sebagainya.
“Sebab Islam sebenarnya bukan hanya untuk Melayu sahaja, tetapi Islam untuk semua manusia,” katanya kepada pemberita selepas meraikan kunjungan hormat 82 guru agama dari Singapura di kediaman rasmi Menteri Besar hari ini.
Nik Aziz akui kesilapan orang Melayu suatu masa dahulu ialah tidak pernah terfikir untuk menyebarkan Islam kepada orang bukan Islam kerana kekangan fahaman kononnya Islam adalah tradisi bagi keturunan Melayu.
“Itu satu kelemahan, yang menunjukkan gerakkan Islam zaman dulu seolah-olah satu tradisi, tidak banyak sangat terlibat dengan aktiviti pemikiran masa depan,” katanya.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, adalah mustahil orang bukan Islam enggan menerima Islam sekiranya kefahaman Islam itu mampu didedah menurut kaedah-kaedah yang betul dan sempurna.
Beliau merujuk pentadbiran PAS di Kelantan selama 20 tahun yang berjalan dengan serba kekurangan terutamanya dari segi kemudahan peralatan komunikasi namun telah berjaya menarik minat masyarakat Cina sehingga terbentuknya Kelab Penyokong PAS.
“Suatu hari kita harap akan ada pula Kelab Penyokong Islam,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.