KotaRaja Daily
Shah Alam, 6 Mei - Akhbar Utusan Malaysia Online melapurkan kejadian rompakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk Surady Kayong di Kota Kinabalu awal pagi 4 April yang lalu yang kehilangan pistol dan peluru serta kerugian wang tunai RM40,000 serta barang kemas, jam dan pen berjenama serta barang lain.
Pada 28 Febuari yang lepas Bernama melapurkan Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengalami kerugian barang kemas lebih RM400,000 dan wang tunai RM10,000 selepas di rumahnya di dipecah masuk oleh perompak.
Kejadian yang menimpa kepada mereka amatlah di kesali serta bersimpati dengan kerugian yang di hadapi.
Namun di sebalik kejadian tersebut beberapa persolan timbul dari kejadian tersebut:
- adakah ini adalah gaya pemimpin BN untuk menyimpan wang tunai dan barang berharga di rumah mereka pada jumlah yang besar.
- jika situasi tersebut berlaku keatas pemimpin Pakatan Rakyat, secepat manakah SPRM akan membuat siasatan terhadap wang atau harta yang di sebutkan.
- jika tunai dan barang kemas di rumah mencecah hampir 1/2 juta, berapakah harta dan wang tunai keseluruhan?
- dan banyak soalan lain yang bermain di kepala rakyat marhein ini.
Perompak larikan pistol ADUN Sugut
KOTA KINABALU 4 April – Sekumpulan perompak melarikan pistol dan peluru milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk Surady Kayong, selepas memecah masuk rumah wakil rakyat tersebut di Taman Hills Top, Kepayan, di sini, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, penjenayah tersebut turut melarikan wang tunai RM40,000, barang kemas, jam dan pen berjenama serta barang lain.
Ketika kejadian, Surady yang pernah memegang jawatan sebagai pembantu menteri dalam Kabinet Sabah dan ahli keluarganya tiada di rumah kecuali abang iparnya.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak disedari oleh abang ipar wakil rakyat itu sehingga bangun tidur kira-kira pukul 6 pagi.
“Mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi ini. Berdasarkan siasatan awal, suspek memecah masuk rumah itu melalui bahagian dapur dan polis percaya dilakukan lebih daripada seorang.
“Bagaimanapun tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan kes tersebut masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
Kediaman Ketua Umno Cheras Dipecah Masuk
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mengalami kerugian lebihRM400,000 apabila kediamannya dipecah masuk dipercayai oleh tiga lelaki Indonesia di Taman TAR, Ampang Jaya pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.30 pagi dan mangsa telah menghubungi polis dua jam kemudian.
"Siasatan awal mendapati suspek-suspek itu memasuki rumah mangsa melalui pintu pagar besi (grill) yang telah diumpil.
"Lokasi rumah yang terpencil dan tiada kawalan (guard) mahupun CCTV (kamera litar tertutup) menyebabkan mangsa dan keluarga tidak menyedari kediaman mereka dimasuki," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Abdul Jalil berkata Syed Ali bersama isteri, dua orang anak serta seorang pembantu rumahnya yang sedang tidur semasa kejadian, tidak dicederakan.
Selain barang kemas bernilai kira-kira RM400,000, beliau berkata mangsa turut kehilangan wang tunaiRM10,000 yang disimpan di dalam peti besi di biliknya.
"Polis sedang mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek yang mana kita percaya mereka ini adalah saki-baki dari kumpulan Geng Rantau yang terlibat dalam kejadian samun dan pecah masuk rumah di sekitar Lembah Klang," katanya.
-- BERNAMA
Sumber: Kediaman Ketua Umno Cheras Dipecah Masuk
0 comments:
Post a Comment