Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

06 May, 2010

PAS: Sasaran kami bukan guling pemimpin BN, Kickdefella ‘orang upahan politik’


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 4 Mei — PAS tidak pernah bertindak untuk menjatuhkan mana-mana personaliti Barisan Nasional (BN), sebaliknya matlamat pihaknya hanya menyasarkan untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah.

Sambil mendakwa PAS pusat dan Kelantan tidak tahu-menahu tentang pendedahan blogger Kickdefella, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan penulis berkenaan bertindak sebagai “askar upahan politik” pihak tertentu untuk memburuk-burukkan pihaknya.
“Saya hendak menjelaskan memang menjadi matlamat perjuangan parti-parti politik sama ada Umno, PAS atau BN atau PR, memang hendak menjatuhkan kerajaan.
“PAS hendak jatuhkan kerajaan BN, Umno hendak jatuhkan kerajaan PAS, Pakatan.
“Tetapi memburuk-burukkan seseorang individu bukan matlamat perjuangan PAS,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu kata Mustafa, siasatan beliau menunjukkan PAS pusat dan Kelantan sama sekali tidak terlibat dalam usaha memburuk-burukkan mana-mana pemimpin.
Minggu lalu, Kickdefella yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroverasi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri. 
Usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf, kata Syed Azidi Syed Abdul Aziz dalam tulisan blognya.
Beliau menambah usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa. 
PAS memerintah Kelantan sejak 1990.
Kata Syed Azidi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang itu sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.