Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

04 May, 2010

Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Terhadap Datuk Seri Noh

Oleh: ahmadfadhli

"Kenyataan Balas
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Terhadap 
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar


1. DPPNK ingin menarik perhatian terhadap kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri seperti yang dilaporkan oleh laman web berita dalam talian The Malaysian Insider. Laporan tersebut di bawah tajuk Noh Omar minta Nik Aziz jangan bawa perangai Kelantan boleh diakses di alamat :http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/index.php/bahasa/62064-noh-omar-minta-nik-aziz-jangan-bawa-perangai-kelantan manakala sebahagian kenyataannya juga turut disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (4 Mei 2010) : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0504&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

2. DPPNK menyifatkan kenyataan Noh Omar tersebut sebagai biadap dan menghina rakyat Kelantan keseluruhannya apabila dengan angkuh beliau menyifatkan perbuatan tidak menghormati undang-undang dan Sultan sebagai ’perangai atau stail orang Kelantan’ .

3. Noh Omar sepatutnya memahami dengan jelas kenyataan yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Kelantan adalah secara umum dan tidak merujuk kepada titah yang dikeluarkan oleh KDYMM Sultan Selangor. Bahkan kali pertama YAB Menteri Besar menjawab soalan wartawan di sidang media ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor tanpa merujuk kepada titah baginda Sultan. Berkali-kali YAB Menteri Besar Kelantan menjelaskan pendiriannya bahawa parti politik tidak boleh dibincangkan di atas masjid, namun menerangkan berkenaan politik Islam di atas masjid tidak wajar untuk dilarang. Memisahkan terus Islam dengan politik tidak syak lagi merupakan ajaran sekular.

4. Nor Omar perlu sedar bahawa pihak yang menggunakan masjid untuk tujuan politik di Selangor ialah UMNO. Ini termasuklah majlis solat hajat dan doa selamat untuk calon MIC yang dibuat di atas masjid dan diiklankan secara besar-besaran melalui sepanduk-sepanduk yang digantung. Perbuatan jijik Barisan Nasional ini barangkali halal di sisi mereka.

5. DPPNK juga menyifatkan kenyataan Noh Omar yang mengatakan “Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor” merupakan satu penghinaan terhadap Sunnah Rasululllah SAW.

6. Beliau juga dengan tegar sekali melakukan penghinaan terhadap YAB Menteri Besar Kelantan yang disifatkannya sebagai dua kali ganda lebih bodoh hanya semata YAB Menteri Besar Kelantan menyatakan sesuatu yang bertepatan dengan Islam.

7. DPPNK menuntut supaya Datuk Seri Noh Omar menarik balik kenyataannya atau membuat penafian jika laporan tersebut tidak benar. Kegagalan beliau untuk berbuat demikian dianggap sebagai pengesahan terhadap kenyataannya yang menghina Sunnah Rasulullah SAW, YAB Menteri Besar Kelantan dan rakyat Kelantan keseluruhannya.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,


AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.