Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

05 May, 2010

Isu Politik di Masjid - UMNO hipokrit

KotaRaja Daily
Shah Alam, 5 Mei – Pemimpin UMNO di anggap hipokrit dan dayus apabila terus menerus memfitnah YAB Dato Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul  Aziz Nik Mat berkaitan larangan berpolitik di dalam masjid di negeri Selangor.


Bercakap kepada KotaRaja Daily di sini, Setiausaha PAS Kawasan Kota Raja, Sdr Ahmad Hakim menyifatkan mereka adalah hipokrit kerana membuat tuduhan yang bertujuan melaga-lagakan supaya Menteri Besar Kelantan di anggap menderhaka kepada Sultan Selangor, sedangkan UMNO sendiri telah sekian lama menggunakan masjid untuk tujuan politik.

Beliau menambah bahawa YAB Dato Menteri Besar telah pun menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyanggah titah Sultan Selangor tentang larangan berpolitik di masjid dan kenyataannya  di Hulu Selangor berkaitan tiada salah bercakap tentang politik di dalam masjid adalah bagi menjawab soalan wartawan berkaitan topik tersebut yang tiada kaitan langsung kepada titah Sultan Selangor.

“Oleh kerana inginkan sokongan politik murahan mereka cuba bersekongkol dengan akbar harian yang terang-terang memfitnah Tuan Guru.” Tambahnya lagi.

 “Sedangkan ketika berkempen di Hulu Selangor pada 23 April yang lepas, di Masjid Kuala Kubu Bahru, UMNO sendiri membuat majlis membaca Yasin dan Solat Hajat untuk calun mereka, P.Kamalanathan. Bukankah itu menggunakan masjid untuk tujuan politik?” Tegasnya lagi sambil menunjukkan bukti berupa gambar kain rentang berkaitan program tersebut.

Akhir sekali beliau mengingatkan pimpinan UMNO supaya jangan bercakap tak serupa bikin, kerana mereka boleh di kategorikan sebagai hipokrit ataupun bahasa Arabnya munafik.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.