Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

04 May, 2010

Pemuda Kota Raja turut buat laporan polis

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Kota Raja hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Laporan polis itu dibuat oleh ketuanya, Zainal Said di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam tepat jam 1.13 petang yang turut disertai ahli jawatankuasa Pemuda kawasan selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan.
Dalam laman web lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
Zainal menganggap ancaman bunuh dalam laman sosial itu sebagai perkara yang sangat serius kerana ia membabitkan soal keselamatan serta kredibiliti Mursyidul Am PAS, Menteri Besar Kelantan, ulama tersohor dan seorang muslim yang secara tidak langsung memberi ancaman terhadap Datuk Nik Abdul Aziz.
Sehubungan itu, pemuda kawasan menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara itu agar dapat mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan orang lain daripada berleluasa di negara ini.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.