Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

10 March, 2010

Umno Kulim-Bandar Baharu pelawa Zul Noordin


KULIM, 7 Mac — Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu hari ini mempelawa Zulkifli Nordin yang dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam supaya menjadikan Umno sebagai platform untuknya terus berkhidmat kepada rakyat.

Pelawaan diberikan oleh Ketua Umno Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang tewas kepada Zulkifli dalam pilihan raya umum Mac 2008.
“Memandangkan YB Zul (Zulkifli) sudah tidak percayakan lagi hala tuju dan prinsip PKR, beliau boleh menjadikan Umno sebagai platformnya bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat seperti yang ditelah dijalankan Umno selama ini”, kata Abdul Aziz yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kepada Bernama.
Beliau juga berkata pemecatan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu menjadi bukti jelas bahawa PKR tidak membenarkan proses demokrasi berjalan di dalam parti pembangkang itu.
“Pendirian parti ini untuk menyelesaikan masalah besar hanya ditentukan oleh beberapa kerat pemimpin yang mementingkan populariti dan kepentingan jawatan mereka sahaja,” katanya.
Zulkifli yang dipecat semalam berkata beliau mahu menjadi Anggota Parlimen bebas untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
Selain dipecat beliau turut diminta mengosongkan kerusinya.
Pada 8 Mac 2008, Zulkifli memperoleh 22,255 undi untuk menewaskan beliau dengan perbezaan 5,583 undi.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.