Tiada pakar strategi akan menafikan bahawa seseorang itu sebenarnya terdedah kepada bahaya, seandainya maklumat sulit berhubung kekuatan dirinya dibongkarkan kepada musuhnya. Dalam konteks pergelutan kuasa antara parti, ia menjelaskan mengapa "spy" dimasukkan ke dalam kem musuh, sama ada untuk mengintip, mahupun "memusnahkan musuh dari dalam".![]() Sememangnya, pemimpin datang dan pergi, tapi perjuangan tetap diteruskan. Namun, dari segi percaturan strategi, bukankah ianya satu malapetaka, seandainya pemegang maklumat sulit parti itu keluar parti, malah menunjukkan sikap yang "tidak mesra" kepada parti selepas itu? Berdepan dengan segala dugaan "Betul, saya bersetuju..." Pengakuan daripada Setiausaha Agung PKR kelapan, Saifuddin Nasution Ismail, ketika dalam wawancara bersama MerdekaReview, pada 5 Mac 2010. Beliau cuba meyakinkan wartawan bahawa PKR telah mengalami situasi sedemikian sepanjang 11 tahun yang lalu sejak penubuhannya, tetapi berakhir sebagai sebuah parti politik yang semakin mantap. ![]() Dalam wawancara bersamaMerdekaReview yang mengambil masa lebih daripada satu jam di ibu pejabat PKR ini, Setiausaha Agung baru ini menunjukkan keyakinannya terhadap PKR, kerana menurutnya parti ini lahir dari kebangkitan rakyat... "Kamu semaklah mana-mana sejarah parti politik dunia. Kalau dia (parti) dilahirkan oleh kebangkitan rakyat, parti itu will stay (akan kekal)," katanya. Berikut adalah sedutan soal-jawab antara MerdekaReview (MR) dengan Saifuddin Nasution Ismail: MR: Kita mulakan dengan tugasan dan tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung (S/A) parti. Sebagaimana yang kami teliti dalam perlembagaan PKR, keanggotaan terangkum dalam bidang kuasa S/A. Apakah lagi yang dipertanggungjawabkan kepada S/A? Kerja penyelidikan ni..., (yang) saya maksudkan ialah kerja tinjauan lapangan. Misalnya apabila berlaku satu-satu proses pilihan raya kecil, maka tinjauan lapangan kerja itu mesti dilakukan. Ertinya kita tidak masuk begitu sahaja, naikkan sepanduk, naikkan poster, buka bilik gerakan... Tak! Biasanya kita bermula dengan melakukan tinjauan lapangan...itu juga saya masukkan sebagai sebahagian rangka tugas S/A... MR: Itu tidak termasuk dalam rangka tugas S/A sebelum ini? Saifuddin: Itu tidak. Itu adalah segmen pilihan raya dan strategi. MR: Fuziah Salleh telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya... Saifuddin: Ya, tetapi ianya dimasukkan ke bidang kuasa S/A dengan understanding(persefahaman) pimpinan lain, terutamanya Fuziah dan Tian (Pengarah Strategi). MR: Kami andaikan PKR sebagai parti politik, untuk meneruskan operasi parti, memerlukan penyumbang dana. Apakah perkara dana juga di bawah kuasa Setiausaha Agung? Saifuddin: Jelas, hal-hal berkaitan dana di bawah jagaan William Leong, selaku Bendahari Agung. Cuma di bawah struktur ibu pejabat parti, saya juga mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Parti. Jawatankuasa Biro Politik dipengerusikan oleh Presiden dan Ketua Umum. Jawatankuasa pengurusan parti, terdiri daripada Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan. Yang ini saya mempengerusikannya, sebulan sekali mesyuarat diadakan (dahulu). MR: Jadi, semua ini wujud sejak dahulu? Saifuddin: Sudah wujud. Perbezaannya ialah, saya tingkatkan kekerapan mesyuarat pertemuan dan perbincangan, berbanding dulu. MR: Jadi, pengurusan operasi ibu pejabat PKR juga di bawah S/A? Saifuddin: Ya, S/A itu bertanggungjawab keseluruhannya perjalanan, pentadbiran dan pengurusan ibu pejabat parti. Sangat luas... MR: Jadi, saya andaikan S/A satu jawatan yang penting. S/A sebenarnya menguasai maklumat yang penting, malah mungkin sulit untuk parti. YB Saifuddin, bagaimana seandainya pemegang ini meninggalkan parti? Saifuddin: Saya faham latar belakang (soalan) itu. Tapi selepas sebulan saya ambil alih, saya nampak kesinambungan itu berlaku dengan mudah. Saya cuma ambil batonitu dan saya teruskan larian saya. So, tak ada masalah. Ianya dikatakan ada masalah kalau bila saya mengambil alih, semuanya jam tak bergerak. Itu (kalau keadaan sebegitu), yes, bermasalah. Tapi sebulan sudah saya mengambil alih, saya mula 1 Februari. Sekarang sudah 5 Mac, satu bulan dan empat hari, dan saya hand on betul-betul. Semua aktiviti di ibu pejabat, saya fikir kelancarannya dan kesinambungan itu berlaku dengan begitu lancar. Smooth sekali. ![]() Saifuddin: Apa yang sulit tentang ibu pejabat? Maklumat tentang ibu pejabat ialah senarai keahlian, atau keanggotaan. Itu saja. Parti bukan ada maklumat sulit lagi dah. (ketawa) MR: Untuk sesebuah parti, tadi kita sentuh penyumbang dana, bagaimana dana itu masuk. Saya andaikan itu maklumat yang sulit untuk parti... Saifuddin: Untuk parti Keadilan tidak, untuk parti Keadilan tidak. Kita tahu dari mana kita dapat duit, ke mana kita belanjakan... dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan baik dalam biro politik, kita bincang, secara terbuka. MR: Tak ada yang sulit? Saifuddin: Tak ada. MR: Bagaimana pula dengan penyumbang? Seandainya ada pihak yang pergi kepada beliau... Saifuddin: Bila dia bagi sumbangan, dia tulis, ini sumbangannya, ok? Ada yang dia bagiparticular, ada yang tidak. Kalau yang bagi particular kita report, yang tidak kita anggap sumbangan. Itu saja. S/A bertukar ganti tujuh kali MR: Kami andaikan ada penyumbang dana kepada parti anda...mungkin beliau bersimpati kepada perjuangan PKR, tetapi dia tidak mahu mendedahkan identitinya. Bagaimana seandainya identitinya terdedah, lantaran daripada maklumat sulit yang terbongkar tadi... mungkin ada pihak yang pergi kepadanya dan menghalangnya untuk teruskan sumbangan? Saifuddin: Itu sudah berlaku ke belum? MR: Kami tak pasti. ![]() MR: Kami tak pasti, sebab itu hal dalaman parti (anda). Saifuddin: Parti ini terus bertahan sekarang dan berjalan dengan lancar...menunjukkan tidak ada sebarang ancaman, sensitiviti tentang maklumat seperti itu. Kalau tidak, tujuh S/A telah berlalu, segala macam maklumat telah bocor. Betul tak? Semua yang memberi sumbangan dana, semua dah kena tangkap. Betul tak? Ada saudara dengar, yang bagi sumbangan kepada kita hilang projek, ditangkap polis kerana membantu pembangkang... MR: Ia mungkin berlaku secara senyap.... Saifuddin: Tak ada berlaku. Sampai sekarang... MR: Jadi bagaimana sekarang, kami melihat PKR selepas PRU ke-12, sudah berada pada kemuncaknya. Dan ramai yang sedang cuba untuk memusnahkan PKR ini, sebab PKR dilihat sebagai ancaman, khususnya kepada parti politik seperti UMNO. Jadi bagaimana, pada detik saat ini, Salehuddin Hashim selaku bekas S/A, meninggalkan parti? Saifuddin: Tidak ada masalah. MR: Dan ada pemimpin-pemimpin lain yang menyusul... ![]() You buat satu parti, kemudian tiada siapa kacau you. Maksudnya, ...(ketawa) tak pengaruh. Untuk kita, ancaman, tekanan, sekatan, halangan itu mematangkan kita. Menjadi lebih kuat. Itulah hakikatnya sekarang ini. Dari satu parti yang 11 tahun dahulu..umur tujuh bulan, bertanding pilihan raya pertama (untuk parti Keadilan). November 1999. Lima (kerusi) parlimen, lima (kerusi) Dewan Undangan Negeri. Tahun 2004, graf kita jatuh. Walaupun kita cuma hilang 2% sahaja sokongan. Pada tahun 1999, undi popular kita adalah 13%. Pada tahun 2004, undi popular kita menjunam 2%. 2% ini membawa kita hanya menang satu kerusi parlimen Permatang Pauh 500 majoriti. Yang lain semua kalah. "Nama besar" keluar... Ini proses naik turun kita. Tak ada masalah. Baik, dalam proses itu, ada pengalaman baik dan ada pengalaman kurang baik. Apa dia pengalaman kurang baik? Pemimpin dan pemegang jawatan keluar. Siapa yang pernah keluar dalam parti? Yang kecil jangan cerita. Nama-nama besar... ![]() Baik, dalam masa 11 tahun, key leaders ini keluar. You tengok keadilan sekarang, daripada bermula dengan kosong, sekarang sudah ada 202 division seluruh Malaysia. Kekuatan anggota menghampiri 500 ribu. Baru saja minggu lepas, ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia) luluskan lagi 17 divisions. Ertinya, perkembangan parti itu berlaku. Apa detik yang mengecewakan kita? Kita hilang kawan-kawan pimpinan yang kemudian membuat keputusan keluar, untuk apa alasan sekalipun. Tetapi, struggle has to go on (perjuangan mesti diteruskan). Kita mesti move parti keadilan sebagai vehicle ni, move on. Ada masa kita berjalan laju ada masa kita kena perlahan, sampai traffic light, merah you kena berhenti. Enjin janganstop. You on, move move move... Keadilan lahir daripada kebangkitan rakyat So, ada tak set back kerana kita hilang? Ada! Saya bukan dalam mode denial. Tidak. Ada kesan. Ertinya, ahli akan tertanya-tanya, keliuru, kita perlu bagi penjelasan. Tapi at the end of the day, kekuatan parti bergantung kepada tiga perkara. ![]() Mereka yang menyokong keadilan kerana mereka yakin dengan prinsip ini, they will stay. Kedua, kekuatan keadilan itu terletak pada mass support. Sokongan rakyat. Sebab keadilan pada hari pertama kelahirannya, bukan dilahirkan oleh nama-nama besar. Pada hari Anwar dibuang daripada UMNO dengan fitnah besar, fitnah satu tahun 1998, tak ada Majlis Tertinggi UMNO yang keluar parti menyokong Anwar. Tak ada wanita UMNO yang keluar parti kerana menyokong Anwar. Empat orang EXCO Pemuda UMNO sahaja yang menyokong Anwar. Saifuddin, Rahim Ghouse, Ruslan Kassim, dan Zahid Hamidi, sekejap. Lepas dia (Zahid) kena tangkap ISA, dia balik semula. Ok, tak apa. Ruslan pun balik, tinggal saya Saifuddin dengan Rahim Ghouse. Itu sahaja, fakta. Hanya seorang ketua UMNO bahagian, daripada 165 Ketua Pemuda (bahagian) UMNO ketika itu, hanya seorang saja, iaitu Hamdan Taha. Ketua Pemuda Teluk Intan yang menyertai Anwar. Sekarang ini adalah pegawai kepada Zambri Kadir. ![]() Kamu semaklah mana-mana sejarah parti politik dunia. Kalau dia (parti) dilahirkan oleh kebangkitan rakyat, parti itu will stay (akan kekal). Dan yang ketiga, disebabkan sokongan massa dalam konteks organisasi, keadilan kuat kerana anggotanya. Kena tangkap sudah. Kena gas sudah. Kena lokap sudah. Kena penjara sudah. Hilang kerja sudah. Hilang pencen sudah. Semua sudah. Siapa mereka ni? Nelayan, penoreh getah, penjaja kecil, pemandu teksi, ini adalah kekuatan parti Keadilan. Saya masuk di sini. Saya teliti keanggotaan parti, 35% of the anggota parti, datang daripada young group. Dan ini bukan berlaku secara tiba-tiba. Tidak. Young group ni apa? Maklumat yang cukup, level of education (taraf pendidikan) lebih baik, energetic, mereka ni punya vision, they know what they are doing. They choose to be with us. Ini kekuatannya. So, kalau begitulah gambaran tentang parti keadilan, kita regret tak beberapa orang yang memilih untuk keluar? Yes, kita harap mereka boleh bersama dengan kami. Tapi,once they decide, not be with us, we respect them. But we have to continue. Sebab itu,you talk about sensitive data and all that, it is manageable. MR: Kami di sini bukan mempertikaikan apakah PKR akan meneruskan perjuangan tanpa pemimpin-pemimpin yang sudah keluar parti. Tetapi apa yang kami ingin bangkitkan di sini ialah apakah YB tidak nampak kesan keluarnya Salehuddin pada masa depan. Maksudnya, orang yang berada pada jawatan yang sebegitu penting dalam parti, tahu apa yang berlaku di setiap cabang, ranting... Saifuddin: Betul, saya bersetuju. Saya tak kata tidak. Seperti apa yang saya kata tadi saya tak dalam mode of denial. Sebagai orang yang pegang tugas yang begitu besar, sudah tentu semua rahsia parti dia tahu. MR: Jadi adakah saudara Saifuddin menjangkakan sesuatu yang akan berlaku? Saifuddin: Yes, saya menjangkakan. MR: Misalnya? Saifuddin: Saya tak bagi 'misalnya' dulu. Saya menjangkakan, akan ada set back. Ada, tetapi sebagai satu organisasi dan lead the jentera ibu pejabat, saya kena ada plan A, plan B, plan C. Kalau saya bagi tahu apa itu plan A, plan B, plan C, tak ada baiknya untuk plan saya. MR: Apakah fenomena lompat parti itu ada hubung kait dengan bekas S/A? Saifuddin: Tidak, saya tidak mengaitkan begitu. MR: Beliau telah menghadiri hampir kesemua sidang media...(pengumuman keluar parti oleh wakil rakyat PKR) Saifuddin: Ya, kerana dia kenal mereka, dia kawan mereka dan dia memilih untuk hadir. Saya baca setakat itu. MR: Tapi anda tak melihat mungkin beliau dalang di sebaliknya... Saifuddin: Tidak, saya tidak melontarkan tuduhan. Atau mengeluarkan kenyataan bahawa bekas S/A adalah dalang di sebaliknya insiden keluar parti. Tidak. Saya tidak mahu mengeluarkan tuduhan seperti itu. MR: Tapi PKR telah buat kenyataan...(Salehuddin dalang di sebalik fenomena "lompat parti") Saifuddin: Itu adalah pendirian individu pimpinan itu... Saya sebagai S/A, detik saat ini, saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa bekas S/A adalah dalang di sebalik kejadian yang berlaku. (Bahagian kedua, bersambung) Bahagian pertama: Saifuddin kepada Zulkifli: Malu anda dakwa diri berjuang untuk Islam! *Temuramah bersama Saifuddin Nasution Ismail ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Chen Shaua Fui dari MerdekaReview. |
0 comments:
Post a Comment