Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

13 March, 2010

Lawan di Kota Siputeh kalau yakin Melayu bersama UMNO, cabar Saifuddin


Lim Hong Siang | Mar 10, 2010 05:47:43 pm


 
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mencabar UMNO untuk mengadakan piliharaya kecil di DUN Kota Seputeh, Kedah, seandainya UMNO yakin bahawa propaganda Utusan Malaysia berjaya, dan orang Melayu kini bersama UMNO.

"The fact dia (UMNO) tak lawan ialah dia sendiri tak yakin dia boleh menang!" Berulang kali ditegaskan oleh Saifuddin (gambar kanan) dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada Jumaat lalu (5 Mac 2010), di ibu pejabat PKR.

Sungguhpun mengakui bahawa propaganda musuh politiknya, UMNO mendatangkan kesan, terutamanya dalam tempoh 10 hari berkempen semasa pilihan raya, tetapi beliau tetap menyanggah pandangan bahawa UMNO telah memenangi sokongan Melayu, yang "termakan" dengan propaganda sedemikian.
"...bagaimana anda menjelaskan, mengapa UMNO tak berani buat PRK di Kota Siputeh?  Jangan salahkan mahkamahlah.  Bagaimana anda jelaskan ini?  Kenapa sampai sekarang, UMNO tak boleh bersedia buat PRK di Kota Siputeh, Kedah?  Kawasan dia (UMNO), dia menang.  Itu 90% (pengundinya terdiri daripada) Melayu," jawabnya dengan melontarkan soalan kepada wartawan.

"Sebab apa?  Sebabnya ialah you sebut tadi... Utusan Malaysia punya propaganda, dan UMNO yakin Melayu dengan dia.  Come, fight with us in Kota Siputeh.  Then you will know the result (Mari, lawan dengan kami di Kota Siputeh.  Kamu akan mengetahui keputusannya.).  Kalau PR menang di situ, habis UMNO punya propaganda "Melayu dengan kita (UMNO)".  Dia kalah, di kawasan Melayu, kawasan padi.  Kenapa dia tak (berani lawan)?"

Kerusi DUN Kota Siputeh telah diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 November 2009, berikutan wakil rakyatnya, Abu Hassan Sarif (gambar kiri, tengah) tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun lalu.  Kawasan DUN ini terdiri daripada 91.69% pengundi Melayu pada tahun 2008, dan dimenangi UMNO-BN dengan majoriti 495 undi dalam PRU ke-12.

Saifuddin menyindir bahawa kes ini sengaja dilengah-lengahkan kerana UMNO-BN tidak yakin dirinya akan menang.  Menurutnya, efisiensi mahkamah dalam kes ini cukup berbeza dengan kes Anwar Ibrahim, yang mana belumpun rayuan difailkan, tetapi mahkamah telah mengumumkan tarikh pendengarannya.

UMNO di kawasan Melayu

Kes Mohd.Nizar Jamaluddin yang terhakis sokongan pengundi Melayunya kira-kira  4%, ketika PRK Bukit Gantang pada 7 April 2009 (walaupun menang dengan majoriti lebih besar lantaran sokongan pengundi bukan Melayu) diketengahkan oleh wartawan, ketika meneliti persoalan sejauh manakah isu institusi Raja, Islam dan Melayu yang dimainkan Utusan Melayu memberi kesan terhadap Pakatan Rakyat (PR).

"Kesan ada, pada 10 hari berkempen memang ada.  10 hari kempen, dengan 365 hari dalam setahun, graviti, intensiti kempen itu tak sama," terangnya.  Beliau bagaimanapun mengambil contoh PRK Kuala Terengganu (Januari 2009), Bukit Selambau (April 2009) untuk membuktikan bahawa PR tidak kehilangan sokongan Melayu, sambil menolak kemenangan UMNO-BN di PRK Bagan Pinang (Oktober 2009) sebagai tanda kembalinya sokongan Melayu ke pangkuan UMNO.

Ketika mengulas propaganda UMNO dengan retorik perkauman dan agama, Saifuddin berkata, "Dalam konteks propaganda dimainkan oleh UMNO melalui Utusanterutamanya, saya fikir itu lebih berupa strategi berkampung.  Bertahan dalam wilayah sokongan Melayu sahaja.  You (UMNO) duduk di situ saja.  You contain your support base saja.  You tak reach out lagi dengan isu-isu yang you main tu."

"Tapi sekurang-kurangnya dia (UMNO) terselamat di situ, selepas PRU."  Walaupun bersetuju dengan kenyataan daripada wartawan ini, namun Saifuddin tetap berpandangan bahawa UMNO tidak akan diberi jalan mudah begitu sahaja.

Beliau mengambil contoh bagaimana kawasan pengundian parlimen yang lebih 90% pengundinya terdiri daripada Melayu, misalnya Machang, Ketereh dan Tanah Merah (kesemuanya dari Kelantan) itu dimenangi oleh PKR.  Seterusnya, UMNO perlu berdepan dengan PAS di kawasan dominasi Melayu di negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak.

Di kawasan campuran, iaitu 40% hingga 70% Melayu, seperti Permatang Pauh, Kulim Bandar Baharu, Kuala Selangor, Titiwangsa, Bagan Serai dan sebagainya, UMNO juga gagal menandingi PKR dan PAS, kata Saifuddin.

"Kalau UMNO memilih, melalui propaganda Utusan Malaysia, dia nak bertahan di kawasan Melayu, apa jaminan dia boleh survive di situ?  Di kawasan Melayu, dengan isu rasis dia, atau pun dia boleh end up setakat itu saje?"

Saifuddin melanjutkan analisisnya, "sebab itu, apa yang berlaku sekarang?  Tuntutan UMNO terhadap kerusi campuran.  Yang terbaru, UMNO tuntut (kawasan parlimen) Batu, ambil daripada Gerakan."

"Ini adalah cabaran yang paling besar untuk Najib.  Dia nak pertahankanstatus quo pembahagian kerusi, dia boleh bagi kepada komponen parti, tetapi dia kalah.  Dia bagi kepada UMNO, dengan sendiri... kita sebut, 'tengok, betullah sebenar ini UMNO big brother.  Dia buli semua orang.  Kalau dia boleh buli komponen parti yang selama ini berjasa kepadanya untuk menjadi kerajaan, apa jaminan dia tak buli rakyat teramai?'"

Enggan beri kredit kepada Utusan

Ketika mengulas "apakah serangan propaganda Utusan Malaysia terlalu ganas untuk ditangkis sesetengah pemimpin PKR, sehingga berakhir dengan keluar parti apabila gagal menjelaskan kepada masyarakat akar umbi", dengan lantas Saifuddin menjawab, "Saya tidak mahu memberi kredibiliti yang begitu besar terhadap Utusan Malaysia, (bahawa) media propaganda yang memberi kesan kepada lompat partinya beberapa ahli."

"Bukan kerana denial, tidak." Beliau menyambung, "Sebab saya mengenali watak-watak ini, yang buat keputusan ini (keluar parti).  Saya kenal, rapat dengan mereka.  Kalau saudara baca alasan yang mereka beri dalam suratkhabar, tentulah yang terbaru,  (ahli parlimen) Bagan Serai, (bangkit) soal kalimah Allah, soal agama..."

"Mengenali watak ini, dia (Mohsin Fadzli Samsuri, gambar kiri) tak pernah bercakap soal kalimah 'Allah' dan bangsa Melayu.  Dia tak pernah.  Dia adalah seorang bekas kakitangan kerajaan Kementerian Pelajaran.  Kemudian, dipilih jadi calon," katanya.

Saifuddin menjelaskan, "Setiap orang tu ada nichedia.  You talk about Abdullah Sani, (ahli parlimen) Kuala Langat, isunya apa?  Trade union  (Kesatuan Pekerja).  You talk about Tian (Chua), Sivarasa (Rasiah), Elizabeth Wong, ini kan human rights activist? (aktivis hak asasi manusia)  Dia ada nichedia.  Tapi kamu sebut (ahli parlimen) Bagan Serai, dia tak ada niche sebagai Malay fighter (pejuang Melayu), tak ada.  Not as good as Zul Noordin (Zulkifli Noordin) lah..."

"Dia tak ada imej itu.  Tetapi the moment dia isytihar keluar (parti), (kononnya) kerana tak setuju (pendirian parti)...kerana parti sudah tidak bawa perjuangan.  No.  Antara yang tersurat dengan yang tersirat berbeza," tambahnya.

Antara "menarik" dan "menolak"

Mengulas lebih lanjut fenomena "keluar parti", Saifuddin menganalisa, "Dia wujud dalam dua keadaan.  Satu, push factor dan yang kedua pull factor.  Pull factor daripada BN and UMNO.  Kita tahu realitinya.  Pertemuan-pertemuan antara ejen-ejen UMNO, pemimpin UMNO yang memberikan tawaran, rewardcarrot dan sebagainya..."

"Kita tahu.  Dalam makluman parti.  Hotel mana pertemuan itu berlaku,  siapa orang UMNO yang menjalankan itu...  Panggilan telefon kepada wakil-wakil rakyat kita.  Sejauh dari Amerika, pemimpin UMNO yang berada di Amerika menghubungi.  Kita simpan nombor telefonnya," katanya. 

"Kita tanya MP kita yang cuba dipancing.  Kita tahu siapa yang jumpa dengan PM dan Rosmah dua hari sebelum Hari Raya Cina.  Kita tahu.  We are fully aware of that," kata beliau sebelum menambah, "Dan semalam (4 Mac), selepas (ahli parlimen) Bagan Serai keluar, kita tahu siapa lagi MP yang dihubungi.  Sebab itu saya bagi tahu kepada mereka, siapa saja yang hubungi, ambil nama, ambil nombor telefon, apa jenis tawaran mereka.  Usaha itu terus dibuat."

Old dog and new trick

Malah, Saifuddin memetik ayat yang digunakan bekas Setiausaha Agung PKR, Salehuddin Hashim dalam kenyataannya, "old dog cannot learn new tricks", untuk digunakan ke atas UMNO.

"Betul, old dog UMNO dan BN ini, dia punya trick apa?  Intimidation (ugutan),harassment (gangguan), buy over (beli)... ini old trick dia.  Dia tak boleh berubah. Whereas Keadilan, justice for all.  New politics.  Things that are intangible..."

Saifuddin mengungkit rampasan kuasa di negeri Perak, "Pertama, mereka guna SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia).  Ugut dan ganggu keluarga.  'Kamu tak menyertai kami, pergilah penjara'.  Dan orang-orang ni datang berjumpa dengan Anwar.  Mereka kata (kepada Anwar), 'kamu ok, kalau kamu dipenjarakan, rakyat masih bersama kamu.  Tetapi, bagaimana dengan kami?  Kami habis kalau masuk penjara'."

Saifuddin berkata, "so, who is Anwar to stop them?  Kualiti yang ada pada mereka dengan kualiti yang ada pada Anwar, lain.  Kita perlu berdepan dengan (kenyataan) ini."

Di samping itu, Saifuddin tidak menafikan wujudnya "push factor" daripada PKR, sama ada disedari atau tidak.  "Benda-benda seperti...kadang-kala kita tidak memberikan saluran yang baik untuk mereka luahkan rintihan mereka.  Kadang-kala, kurang dana parti, kita tak terdaya nak memuaskan semua orang."

"Kalau kamu dipilih sebagai ahli parlimen Keadilan, memang kamu perlu menolong rakyat di kawasan pengundian kamu.  Dan kamu hanya bergantung kepada elaun yang kamu dapat.  Berapa kamu dapat?  Sepuluh, dua belas ribu (ringgit) sebulan?  Kamu perlu tolak (sebahagiannya) untuk (disumbangkan kepada) parti kamu, kamu perlu menjaga perhubungan negeri, kamu perlu membayar sewa untuk pusat perkhidmatan kamu...utiliti, staf, dan kita perlu guna elaun untuk menjaga rakyat, pengundi.  Tak cukup!" luahan Saifuddin, juga seorang ahli parlimen dari Machang, Kelantan.

"Jadi, ada yang kata ini sebahagian daripada perjuangan dan kita perlu teruskan.  Tetapi sesetengah berkata, kita tak mampu menanggung ini.  Saya merumuskan ini sebagaipush factor," katanya, sambil mengakui bahawa partinya perlu belajar dari pengajaran ini.

Idealisme perjuangan PKR

Dalam wawancara bersama MerdekaReview yang mengambil masa lebih daripada satu jam, Saifuddin Nasution juga berkongsi pengalaman bagaimana PKR yang dianggotai pemimpin dari pelbagai latar belakang, mengendalikan perbezaan pendapat masing-masing.

Ketika diajukan soalan "pendirian Anwar (gambar kiri) adalah pendirian PKR", Saifuddin terus menafikannya, dengan mendakwa ada kalanya perbincangan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berakhir dengan satu pendirian yang bukan pendirian Anwar.  Walaupun enggan mengulas satu persatu, Saifuddin bagaimanapun mendedahkan bahawa pendirian PKR untuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), adalah pendirian Anwar.

Beliau mengakui bahawa Anwar bersendirian untuk mempertahankan pendirian yang tidak popular itu dalam perbincangan parti, yang mana Saifuddin sendiri turut berbeza pendapat dengan Anwar pada ketika itu.  Keputusan PRU ke-12 membuktikan bacaan politik Anwar tepat, walaupun PKR terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mempertahankan pendirian tersebut, kata Saifuddin.

Sememangnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk mengendalikan perbezaan pendapat, yang perlu mengimbangi antara "pendirian individu" dengan "pendirian parti", dan antara "ketegasan disiplin" dengan "kebebasan bersuara".

Mengulas isu ini, Saifuddin berkata, "Cabaran yang terbesar kepada kepimpinan tu apa?  Dia kena mold together (semua pendapat) dan menjadikannya sebagai dasar parti.  Kita perlu mempertahankan dasar parti."

Mengambil contoh pendirian PKR dalam isu Chin Peng (gambar kanan), yang sudah pasti wujudnya pendapat yang bercanggahan dengan pandangan Anwar dalam parti.  Namun, sebaik sahaja pendirian parti dibuat, Saifuddin berkata, "Saya tak boleh sebut 'saya sebenarnya tak suka Chin Peng balik.  Tapi Anwar kata Chin Peng (boleh) balik.  Saya dah bagi pandangan saya masa mesyuarat MPP.  Tapi akhirnya dia menjadi keputusan.  Tuan-tuan, pendirian saya sebagai Saifuddin saya tak setuju...'.  Saya tak boleh kata begitu."

"Saya kena kata, pendirian Keadilan tentang Chin Peng.  Kita kata, yes, (beliau dibenarkan) balik.  Alasan kita apa?  Perjanjian perdamaian Haadyai, latar belakangnya, kita bagi alasan."

"Pendirian parti setelah melalui proses perbincangan, ada setuju ada tidak.  Akhirnya kita bersetuju.  Dan saya di sini nak menerangkan kepada tuan-tuan dan puan-puan... (secara) rasional.  Itulah pemimpin parti.  Kalau anda kata, pandangan saya lain, habislah you.  Itulah masalah yang kita ada dengan Zul (Zulkifli Noordin).  Kamu mesti jadi team player!"

(Bahagian ketiga, tamat)

*Temuramah bersama Saifuddin Nasution Ismail ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Chen Shaua Fui dari MerdekaReview

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.