KUALA LUMPUR, 9 Apr - Pakatan Rakyat terus menerima sokongan daripada pertubuhan antarabangsa yang memperjuangan pembaharuan politik dan sosio-ekonomi bagi memastikan pembelaan untuk segenap lapisan masyarakat.
Semalam, Ketua Pembangkang dan pemimpin Pakatan yang lain mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan Liberal International.
Perjumpaan ini membolehkan Liberal International dan Pakatan Rakyat berkongsi pendapat mengenai cara-cara untuk membawa pembaharuan dalam pentadbiran yang boleh memastikan keadilan dan pembelaan untuk mereka yang teraniaya.
Anwar berkata perwakilan pertubuhan antarabangsa itu turut menzahirkan sokongan terhadap beliau dalam mengadapi perbicaraan fitnah kali kedua.
“Delegasi dari Agensi Liberal International yang mewakili parti dari seluruh dunia ini hadir memberi sokongan kepada PR dan saya ingin mengucapkan terima kasih untuk sokongan yang ditunjukkan terhadap kes-kes yang bakal saya berdepan.
“Ini adalah peluang bagi saya untuk mestransformasikan kebebasan undang-undang bagi membolehkan ia berdiri dengan sendiri dan pada masa yang sama memperkasakan agenda serta memperkembangkan idea pada peringkat antarabangsa untuk kepentingan parti dan rakyat,” katanya.
0 comments:
Post a Comment