Lim Hong Siang
"Liwat", "Anwar, Babi!", "Dubur", "Anwar bodoh"... Demikianlah jeritan daripada sekumpulan pemuda di tepi padang, untuk mengganggu ceramah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat, semalam. Malah, pertembungan fizikal nyaris berlaku apabila air botol dilontarkan ke arah padang, apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tiba pada 11.15pm. ![]() Malah, ketibaan Anwar Ibrahim disambut dengan pekikan "Anwar babi" oleh pemuda UMNO, sementara dibalas dengan laungan "Reformasi" daripada penyokong PR. Suasana menjadi tegang apabila air botol dilontarkan dari luar ke dalam padang, mencungkil kemarahan beberapa orang penyokong PR. ![]() "Menyorok belakang punggung Saiful" Kira-kira 100 meter dari luar padang, satu ceramah politik anjuran Bilik Gerakan UMNO cawangan Pekan Kerling yang bertemakan "Penipuan Pakatan Rakyat", menarik kehadiran kira-kira 150 orang. Ceramah tersebut berjalan lancar tanpa gangguan oleh mana-mana pihak. Antara isu yang dibangkitkan oleh penceramahnya termasuklah "Ketuanan Melayu", dan "Parti Kelentong Rakyat". 【UMNO ulangi retorik Ketuanan Melayu】 ![]() Beliau sambung, "BN mampu berubah, ubah apa? Ini saya nak bagi tahu. Terjerit macam orang gila. Ketua kamu, Presiden UMNO-Barisan Nasional, Perdana Menteri, lantik agen Yahudi, Zionis, nasihatkan kerajaan persekutuan..." Shamsul Iskandar membangkitkan isu APCO, mengkritik bagaimana wang dibelanjakan untuk melantik syarikat berlatar belakangkan Yahudi sebagai penasihat. "Sebab itu, mereka tak ada isu, mereka menyorok belakang punggung Saiful." "Bagi RM100, dia jerit setengah mampus" Anwar juga menyelar UMNO kerana mengupah pemuda untuk berpekik di tepi padang, "Orang bacul kekuatan dia, diupah 50 ringgit, bangsanya boleh gadai." ![]() Anwar (gambar kiri) juga mengambil kesempatan untuk menyindir, "Vincent Tan, satu gunung, satu bukit...(dapat) Ini pemuda UMNO jerit, dia dapat tanah mana? Taukeh judi dapat satu bukit, Genting, 16 ribu ekar, taukeh judi kedua, satu bukit, Bukit Tinggi. Yang pemuda UMNO ini dapat apa? Pemimpin dia dapat, yang bawah dapat 100 ringgit, dia jerit setengah mampus." Kata-katanya dibalas dengan sorakan daripada kira-kira 500 hadirin, "Sebab itu, kita jangan lawan cara mereka. Tanya saya, jangan lawan cara mereka. Orang ini jahil. Orang ini tak ada ilmu. Orang ini you bayar dia 100 ringgit, suruh dia maki, dia maki. Kemudian esok kalau kita bayar 200 ringgit, dia maki balik (orang yang beri 100 ringgit)." *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu. |
0 comments:
Post a Comment