Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

22 May, 2010

Judi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama - Harakahdaily

Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Umno tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka dilihat sebuah parti tiada agama kerana kerajaan pimpinan mereka meluluskan lesen judi disaat semua agama di negara ini membantah tindakan tersebut.

21 May, 2010

Tidak Puas Hati, Tinggalkan PKR Sekarang - mStar


KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan notis lisan kepada semua ahlinya yang tidak berpuas hati supaya meninggalkan parti itu dalam tempoh sebulan tanpa perlu menunggu tibanya pilihan raya kecil untuk berbuat demikian.

Timbalan ketua pemuda MIC dipecat - Malaysiakini

Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan hari ini dipecat daripada parti itu.

20 May, 2010

SPR: Kami tiada kuasa siasat, Najib berhak buat janji - The Malaysian Insider

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kuasa untuk menyiasat dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan peruntukan wang, yang disifatkan bertujuan mempengaruhi pengundi Sibu pada malam menjelang hari pengundian Ahad lalu.

Inkues: Pornthip tak hadir, S'gor sedia sidang video - Malaysiakini

Jimadie Shah Othman



Kerajaan Selangor telah membuat persediaan untuk membantu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand memberi keterangan secara langsung dari Bangkok dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

'Ceramah jalan terbaik nafikan lompat parti' - Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri




Tindakan PAS Kedah mengerahkan tiga exco PKR dan seorang ADUN DAP - yang dispekulasikan melompat parti - ke majlis ceramah Sabtu ini merupakan sebaik-baik cara bagi menafikan spekulasi itu.

19 May, 2010

Kelantan Laksanakan Cuti 90 Hari Untuk Kakitangan Wanita Bersalin - Bernama

KOTA BAHARU, 19 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Timbalan Ketua Pemuda MIC mahu Samy lepaskan jawatan segera - The Malaysian Insider

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, 19 Mei —  Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan (pic) hari ini mendesak Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC serta-merta bagi menyelamatkan parti komponen Barisan Nasional (BN).

11 Kawasan Dilanda Banjir, Adun Sri Muda Redah Air - TV Selangor


KLANG 19 MEI: Hujan lebat hampir tiga  jam ermula kira-kira jam 2.30 petang semalam menyebabkan 11 kawasan rendah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Muda dilanda banjir kilat hingga mencapai paras 1.5 meter.

Sibu oh Sibu...

JIM P Pinang Kesal Pemberian Lesen Perjudian Bola Sepak Piala Dunia - Bernama

PULAU PINANG, 18 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang mendesak kerajaan menarik balik lesen konsesi berbilion ringgit kepada Kumpulan Berjaya Corporation bagi mengendalikan pertaruhan judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 Jun ini.

Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO Desak Kerajaan Batal Lesen Perjudian Bola Sepak - Bernama

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Pulau Pinang Lantik Penyanyi Nicholas Teo Sebagai Duta Hijau -Bernama

PULAU PINANG, 18 Mei (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang melantik penyanyi Nicholas Teo sebagai Duta Hijau bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan alam sekitar.

Selangor Semakin Kukuh Di Persada Liga - Bernama

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Selangor semakin kukuh di persada liga apabila menambah tiga mata setelah menewaskan Kuala Lumpur 4-2 pada perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, di sini, Selasa malam.

Tengku Muhammad Faris Bakal Dimasyhur Sebagai Sultan Kelantan? -mStar

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Desas-desus kuat mengatakan kemelut Istana Kelantan akan berakhir dalam masa terdekat dengan pertabalan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai sultan.

Mahkamah Rendah Syariah Hukum Bung Mokhtar Sebulan Penjara & Denda RM1,000 - mStar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.

Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai -Harakahdaily

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

18 May, 2010

Sibu - BN Kehilangan 691 undi DAP Menambah 2,942 undi


Oleh Wan Nik Wan Yusuf
Sesungguhnya perubahan bermula di Sibu, tsunami pilihan raya Semenanjung sudah melanda Sarawak.

Projek tebatan banjir RM5j: Najib 'berkira-kira' - Malaysiakini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.

Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap BN


Chen Shaua Fui dan Wong Shu Qi 

 
Keputusan PRK Sibu merupakan lambang kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak, dan tsunami politik telah melanda ke tebing Laut China Selatan.  "Malaysia Timur bukan lagi deposit tetap Barisan Nasional," kata penganalisa politik, Wong Chin Huat.
 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.