Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

18 June, 2010

Wanita Potong Kemaluan Suami Curang - Bernama

NEW DELHI, 17 Jun (Bernama) -- Seorang wanita yang marah kerana suaminya berlaku curang telah memotong kemaluan lelaki itu sebagai satu pengajaran, demikian menurut laporan media tempatan Khamis.

Kejadian berlaku di daerah Bholath di Punjab pada Selasa apabila wanita itu, yang dikenali sebagai Baby, telah memasukkan ubat pelali dalam minuman keras yang dihidangkan kepada suaminya, Jaspal Singh.

Pada malam itu, wanita berkenaan memotong kemaluan suaminya dan kemudian melaporkan kepada polis.

Timbalan penguasa polis Bholath, Mohinder Singh, berkata doktor berjaya menjahit semula kemaluan Jaspal Singh tetapi keadaannya dilaporkan masih serius.

Polis telah menahan Baby dan akan mendakwanya dengan tuduhan cuba membunuh.

Pasangan itu mempunyai tiga anak tetapi rumah tangga mereka dikatakan mengalami masalah disebabkan kecurangan lelaki itu.



-- Bernama

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.