Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

06 June, 2010

Selangor Sokong Lanjut Projek LRT - Bernama

PUCHONG, 4 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor menyokong usaha untuk memperluaskan lagi laluan transit aliran ringan (LRT) di dalam kawasan di negeri itu demi kepentingan rakyat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Beliau bersama wakil Syarikat Prasarana Negara Berhad dan Majlis Perbandaran Subang Jaya meninjau kawasan yang mungkin terlibat dengan pembinaan itu.

Empat kawasan yang dilawati ialah Kampung Sri Aman, Taman Mas, Kampung Sungai Batu dan Putra Heights di sini.

Beliau berkata projek tersebut akan memberi manfaat kepada penduduk walaupun sebahagian daripada mereka mungkin akan "terkena tempias" daripada pembinaan projek berkenaan.

"Penduduk terutamanya di Kampung Sri Aman risau jika menerima impak negatif ke atas tanah yang mereka miliki kesan daripada kerja-kerja pembinaan itu nanti.

Abdul Khalid berkata para penduduk akan diberitahu perkembangan seterusnya mengenai projek berkenaan kira-kira dua minggu lagi selepas ia dibincangkan pada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.