Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

09 June, 2010

Bantah lesen judi bola: LLG seru rakyat sertai perhimpunan


Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG membantah keputusan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak, tindakan ini bukan sahaja menggalakkan gejala judi, mengaitkan aktiviti sukan dengan judi dan mencemarkan fikiran belia, ia juga tidak dapat membendung perjudian haram secara berkesan.

Presiden LLG Toh Kin Woon (gambar kiri) berkata, asas pemberian lesen judi bola sepak - tidak dapat membendung perjudian haram bola sepak dan bagi meningkatkan pendapatan kerajaan - tidak meyakinkan kami.  Kegagalan membendung perjudian haram adalah disebabkan kelonggaran penguatkuasaan.  Pada tanggapan umum rakyat, gejala rasuah berleluasa di bahagian-bahagian penguatkuasaan.  Kerajaan harus merombak pasukan polis dan bahagian penguatkuasaan lain, tetapi bukan mengetepikan tanggungjawab sendiri.

Hakikatnya, jika bukan hasil cukai kerajaan habis diboros dan disalahgunakan, jika bukan skandal khazanah negara disalurkan ke parti-parti politik yang sering berlaku, negara kita tidak perlu meningkatkan hasil cukai dengan pendekatan mencemarkan fikiran belia dan membahayakan masyarakat.  Seolah-olahnya kerajaan tidak berusaha menangani punca-punca permasalahan tetapi memaksa rakyat memikul beban kegagalan kerajaan.

Ujarnya, pemimpin kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak dengan alasan "mesti adil terhadap komuniti bukan muslim", membayangkan orang Cina dan orang india gemar berjudi.  Kenyataan sedemikian amat tidak bertanggungjawab dan cuba merosakkan hubungan baik antara bukan muslim dan muslim.  Judi bukan kebudayaan sesesuatu kumpulan etnik, sebahagian orang Cina atau orang India gemar judi tidak bermakna ia budaya seluruh kumpulan etnik, kerajaan tidak patut memperkudakan bukan muslim sebagai alasan meluluskan lesen judi bola sepak.  Beberapa pertubuhan orang Cina telah menyuarakan ketidaksetujuaan terhadap pemberian lesen tersebut.  Judi bola sepak merosakkan nilai-nilai moral dan akhlak warganegara tanpa kira kaum.

Selepas kritikan daripada pertubuhan masyarakat madani dan parti pembangkang, kerajaan berasa bimbang untuk meneruskan pertaruhan judi bola sepak, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan baru-baru ini mengatakan lesen judi bola sepak tidak semestinya dikeluarkan.
LLG menyeru pertubuhan masyarakat madani meneruskan protes terhadap isu ini, menghadiri perhimpunan besar yang dianjurkan oleh "Gabungan Rakyat Membantah Judi" (GMJ) pada 3 Julai 2010 dan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.  Rakyat mesti mengambil bahagian dalam isu-isu masyarakat, menerajui agenda rakyat, inilah maksud demokrasi.

Selain membantah pemberian lesen judi bola sepak, kami juga menggesa kerajaan menarik balik semua lesen judi Toto/Magnum (menasionalisasikan) dan menguruskan perniagaan tersebut sendiri, kesemua keuntungan akan digunakan untuk kebajikan rakyat.  Kerajaan juga harus mengurangkan bilangan cabutan toto/magnum, menggalakkan rakyat berajin kerja untuk menjana pendapatan, bukan berfikir secara opportunis dan giat membeli nombor ramalan ekor .

*Kenyataan oleh Toh Kin Woon selaku Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.