Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

06 June, 2010

Kerajaan Pulau Pinang Tegas Tidak Benar Pertaruhan Sukan - Lim Guan Eng

PULAU PINANG, 6 Jun (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang tetap tidak akan membenarkan pertaruhan acara sukan di negeri itu, kata Ketua Menterinya Lim Guan Eng pada Ahad.


Beliau berkata pihaknya telah menghantar surat kepada Ascort Sdn Bhd yang diberi lesen untuk menganjurkan pertaruhan itu mengenai keputusan kerajaan negeri tersebut.

Bagaimanapun kerajaan negeri terbuka untuk berbincang jika menerima surat rayuan daripada syarikat terbabit, katanya kepada pemberita di sini.

"Walaupun kami sentiasa bersedia untuk berbincang namun sehingga kini kami tidak menerima sebarang surat rayuan daripada syarikat itu," katanya.

Lim mengulas laporan hari ini yang memetik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan sebagai berkata Berjaya Corporation Bhd akan merayu kepada kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang agar mempertimbangkan semula keputusan melarang pertaruhan acara sukan di negeri-negeri berkenaan.

Lesen itu diberi kepada Ascort yang dikawal oleh Tan menerusi pemilikan 70 peratus saham, pada awal tahun ini. Bagaimanapun Tan akan menjual sahamnya itu kepada Berjaya Corp Bhd.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.