Wong Chin Huat
PRK Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu memperlihatkan sokongan padu pengundi Cina terhadap Pakatan Rakyat.
Malah, sikap pengundi menolak rasuah politik (sogokan wang) seolah-olah memberi tamparan yang sengit terhadap Najib dalam usahanya mendapatkan sokongan pengundi Cina."Kali pertama PM mengunjungi sini sejak n tahun", "PM menikmati makanan tempatan yang enak"..., ditambah pula dengan gambar lautan manusia, orang ramai menegakkan jari telunjuknya untuk menyokong 1Malaysia bersama Najib, menyarat di muka depan suratkhabar.
Bagaimana kita membaca kedua-dua fenomena yang bertentangan ini? Pertama, kehangatan pengundi Cina menyambut ketibaan PM sekadar kelakuan bersopan, atau hanya berminat dengan cahaya kamera yang datang bersama orang besar, namun tiada kena-mengena dengan pilihan undi. Kedua, pengundi Cina menyambut baik Najib, tetapi kesukaan mereka terhadap Najib tidak cukup untuk menghilangkan ketidakpercayaan terhadap UMNO?

Seandainya soalan yang berlegar dalam minda kalangan masyarakat Cina hanya berbunyi, "Najib telah berubah, bagaimana pula dengan UMNO?", sebagaimana yang dikatakan penulis Sinchew Daily, maka Najib hanya perlu menutup mulut orang seperti Ibrahim Ali dan akhbar Utusan Malaysia buat sementara sebelum PRU, agar BN berkemungkinan besar untuk mengembalikan kemenangannya.
Malah, seandainya Najib singgah untuk sejam dalam perarakan hari besar Tua Pek Kong di Sibu (Najib hanya singgah selamat 10 minit), berjabat tangan dengan 500 orang, di samping tidak menyogok pengundi dengan RM5 juta di Rejang Park sehingga mengundang kesan sebaliknya, maka undi kepada BN mungkin bertambah ratusan, sehingga membawa kemenangan kepada BN.
Imej Najib melambung
Bukan mimpi seandainya dibayangkan Najib tampil sebagai pemenang di Sibu, kerana kawasan ini masih kubu BN yang kukuh pada dua tahun yang lalu. Kini, PR dengan semangat berkobar-kobar menyasarkan Malaysia Timur. Persoalannya, jikalau diadakan PRK, bahkan pilihan raya negeri di Perak sekarang juga, apakah "Gelombang Najib" akan memenangkan BN?

Mengapa imej Najib, terutamanya di kalangan masyarakat Cina melambung dalam jangka yang amat singkat ini? Lebih-lebih lagi, sepanjang jangka satu tahun ini, Najib membiarkan kumpulan seperti Utusan Malaysia, Ibrahim Ali, protes kepala lembu, golongan yang cuba memonopoli penggunaan kalimah Allah untuk terus melakukan apa yang dikehendaki sewenang-wenangnya.
Jikalau beliau berjaya mengawal kumpulan di atas, menutup mulut Ahmad Ismail, Nasir Safar daripada mengeluarkan hujah yang mengundang "malapetaka", jadi apakah Najib akan menjadi lebih mesra rakyat, bersifat terbuka sebagaimana yang disifatkan oleh Lim Mun Fah dalam tempoh setengah tahun yang akan datang? Menjelang PRU ke-13, apakah Gelombang Najib bakal menangkis badaian tsunami politik pada tahun 2008?
Nilai orang Cina
Terdapat dua bacaan terhadap fenomena "Karisma Najib" dalam masyarakat Cina.

Bacaan keduanya sebegini. Najib berjaya membina imej positif dirinya kerana harapan masyarakat Cina terhadap pimpinan UMNO terlalu rendah. Hanya dengan tidak mendendangkan perkauman Melayu, Najib berjaya mengkagumkan masyarakat Cina yang tidak menaruh harapan terhadap UMNO, meskipun propaganda "1Malaysia" itu memperlihatkan kecetekannya.

Pada hakikatnya, kedua-dua bacaan ini mencerminkan kualiti budaya dan nilai masyarakat Cina.
Bacaan pertama meskipun tidak banyak menjejaskan proses pendemokrasian, namun menumpang bangga dengan ketibaan orang ternama, bermegah apabila orang berpangkat menjenguk tanpa mempersoalkan akhlak orang ini...bukankah apa yang berlaku pada ribuan tahun dahulu? Apa yang berbeza adalah, kalau dahulu orang Cina melutut di tepi jalan, melaungkan agar Maharaja dilimpahi rahmat dan umur yang panjang hingga ribuan tahun, kini menjadi fans zaman moden yang mengambil gambar dengan telefon bimbit.
Peranan media
Setelah 8 Mac, kesedaran sivil semakin membangkit. Demokrasi, negara hukum (rule of law), hak asasi manusia, sistem dua parti yang diperjuangkan pelopor gerakan masyarakat sivil pada tahun 1980-an, telah menjadi persetujuan asas golongan muda dan penduduk bandar tanpa mengira kaum. Mengapa wujud pula pemikiran pemujaan pemimpin yang anti-intelektual dalam masyarakat Cina?

Sementara itu, akhbar fasis dibiarkan terus menghasut populist, di samping menekan media yang bebas dan profesional, sehingga isteri perlu tampil mengawal stesen televisyen.
Adakah manusia itu orang tua yang selama ini hidup dalam pemerintahan autokratik, yang takut jika berlakunya huru-hara? Adakah pemuda yang asyik menyalin jawapanstandard lantaran pendidikan yang tidak mengajarkannya agar berfikir secara bebas? Adakah kakitangan kerajaan yang periuk nasinya dikawal kerajaan? Adakah peniaga kroni yang mendapat kontrak kerana kebergantungannya terhadap kuasa pemerintah?

Hari ini, setelah sembilan tahun persekongkolan kuasa politik ekonomi untuk memonopoli akhbar Cina, semua warga yang prihatin terhadap masa depan negara wajib bertanya kepada diri, sanggupkah kita masih mengangguk kepada akhbar Cina untuk meneruskan agenda mereka untuk membantutkan, malah menongkah arus pendemokrasian negara kita dengan rencana mereka, sehingga kita menjadi katak yang masak dalam air yang dipanaskan secara perlahan-lahan?
Juga, pembangkang yang menikus dan terlalu berkira-kira bila berdepan dengan akhbar Cina selama ini, kerana takut diri mereka diboikot dalam akhbar Cina, wajib berdepan dengan persoalan ini.
*Wong Chin Huat ialah pengkaji dan penganalisa politik. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari artikel asal, disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.
**Catatan editor: Artikel ini ditulis dalam konteks di mana pengamal media Cina menyarat dada akhbarnya dengan rencana memuji pimpinan Najib secara individu. Pada masa yang sama, kuasa konservatif dalam UMNO dipersalahkan kerana membantutkan perubahan yang cuba dibawa oleh Najib.
0 comments:
Post a Comment