Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

13 May, 2010

'MIC bukan milik Samy Vellu' - Barathmaniam dipecat

Ketua MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan, Subramaniam V atau yang lebih dikenali sebagai Barathmaniam, yang dipecat semalam berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan mengenai pemecatannya daripada parti itu.



"Saya masih tidak pasti, Saya akan memikirkannya... saya bukannya pengemis untuk merayu kepada beliau (Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam semalam.

Barathmaniam berkata beliau mengetahui mengenai pemecatannya menerusi surat yang diterimanya.

NONEKatanya antara alasan pemecatannya daripada MIC adalah berkaitan dengan satu SMS yang dihantar kepada Samy Vellu (kiri) minggu lalu, antara lain memberitahu presiden parti itu bahawa MIC bukan milik Samy Vellu atau anggota keluarganya.

Barathmaniam berkata dengan pemecatan berkenaan, beliau mencatat sejarah dalam parti itu kerana menjadi anggota yang dipecat sebanyak tiga kali sejak menyertai MIC pada 1978.

Barathmaniam pertama kali dipecat pada 1984 dan kemudian pada 1994.

Beliau mempunyai tempoh 14 hari dari tarikh beliau menerima surat untuk mengemukakan rayuan kepada MIC.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.