Neo Chee Hua
Lesen pertaruhan sukan telah diluluskan kepada Vincent Tan Chee Yioun pada 13 Januari tahun ini, dengan syarat perkhidmatan ini hanya terhad kepada kawasan majoriti bukan Islam, malah tiada pertaruhan melalui internet dibenarkan.![]() Bagaimanapun, lesen ini diluluskan dengan beberapa syarat, misalnya hanya 200 daripada 680 pusat pertaruhan BToto yang terletak dalam kawasan majoriti bukan Islam dibenarkan menawarkan perkhidmatan ini. Selain itu, pusat pertaruhan wajib memaparkan papan tanda yang membenarkan hanya bukan Islam dan orang dewasa untuk masuk menaruh. Pada masa yang sama, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk menawar perkhidmatan pertaruhan melalui internet. Malah, sumber maklumat memaklumkan, selepas memperolehi lesen pertaruhan sukan pada 13 Januari, Ascot Sports telah mula bersiap sedia untuk menawarkan perkhidmatan ini. Namun, perkhidmatan ini dijangka akan bermula pada Ogos atau September. Jadi, ia mungkin terlepas peluangnya untuk Piala Dunia Bola Sepak di Afrika Selatan yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai tahun ini. Lesen diberikan semasa zaman Mahathir Sebagaimana yang difahamkan, Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports secara tidak rasmi. Ini kerana syarikat ini pernah dua kali memperolehi lesen yang hampir sama sebelum ini, tetapi ditamatkan kerajaan pada akhirnya. Jadi, syarikat ini memiliki kelebihan untuk memperolehi lesen seandainya perjudian sukan dihalalkan. ![]() Ascot Sports telah memperolehi semula lesen pertaruhan sukan pada Jun 2003, semasa kerajaan masih diterajui Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, perkhidmatan ini ditamatkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004 dengan alasan bahawa pertaruhan sukan adalah haram. Amaun pertaruhan haram setinggi RM20 bilion Bagaimanapun, kerajaan perlu berdepan dengan satu realiti, iaitu amaun pertaruhan sukan yang haram di Malaysia mencecah puluhan bilion ringgit setiap tahun. Seandainya kerajaan menghalalkan pertaruhan sukan dengan mekanismenya, maka ia akan mengundang pendapatan cukai yang beratus juta untuk kerajaan. ![]() Menurut seorang penganalisa, kerajaan di seluruh dunia cenderung untuk menyekat perkembangan perjudian haram melalui pengawalan, malah mendapat cukai sampingan dengan pendekatan sedemikian. Sejak 20 tahun kebelakangan ini, negara Eropah, Afrika dan Asia, termasuk Singapura, masing-masing mengubahsuai rangka undang-undangnya, agar aktiviti perjudian haram boleh dikawal. Malah, pengamal dalam bidang perjudian tempatan menganggap bahawa kemudahan internet telah membawa aktiviti perjudian ke setiap rumah. Pasaran pertaruhan sukan tempatan mungkin boleh terkawal seandainya kerajaan meluluskan lesen pertaruhan sukan. Bantahan masyarakat tempatan Sementara itu, keputusan kerajaan ini mengundang bantahan daripada masyarakat tempatan merentasi kaum. Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah menyuarakan bantahan terhadap kerajaan kerana meluluskan penambahan bilangan cabutan khas dalam perjudian. *Neo Chee Hua ialah Assistant EditorMerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari artikel asal. |
0 comments:
Post a Comment