Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

25 June, 2010

PAS ajak Pemuda Umno sertai himpunan protes judi sukan - The Malaysian Insider

Oleh Syed Mu’az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 25 Jun — PAS turut mengajak Pergerakan Pemuda Umno supaya menyertai perhimpunan aman anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) pada 3 Julai ini sebagai tanda protes berhubung langkah kerajaan mahu meluluskan lesen judi sukan.

Pemangku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata tindakan Pemuda Umno menunjukkan bahawa ada pemimpin dalam parti itu tidak mempersetujui langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu meluluskan membantah lesen judi sukan.
“Nampaknya usaha Perdana Menteri yang mahu meluluskan lesen judi sukan tidak dipersetujui oleh pemimpin mereka sendiri.
“Sebenarnya ramai lagi pemimpin dan penyokong Umno membantah langkah tersebut cuma mereka membantah secara senyap-senyap kerana bimbang akan tindakan yang bakal diterima,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan sikap Najib yang sehingga kini masih berdolak-dalik dalam perkara ini.
“Apabila diajukan persoalan ini, beliau (Najib) kata akan meminta pandangan daripada rakyat dulu.
“Perlukah kerajaan minta pandangan masyarakat kerana semua agama menyatakan judi adalah haram dan berdosa besar.
“Sepatutnya kerajaan minta pandangan rakyat berkaitan perkara lain seperti kenaikan harga barang, tol, gaji minimum, elaun, dan lain-lain yang sehingga kini tidak pernah dirundingkan terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno secara rasmi membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bola sepak di negara ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.
“Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut,” katanya.
Mohamad Suhaimi berkata kerajaan perlu menjelaskan langkah mahu meluluskan lesen judi sukan kepada rakyat.
“Atas alasan apa kerajaan mahu meluluskan lesen judi sukan ini? Apakah kerajaan telah muflis dan miskin idea sehingga terpaksa memperjudikan negara dengan aktiviti perjudian.
“Apakah sumber pendapatan negara yang kaya dengan hasil bumi ini telah kering dan hilang sehingga terpaksa menghalalkan perjudian bagi menambah pendapatan negara? Mengapa kerajaan melayan kehendak segelintir tauke-tauke judi yang mengaut keuntungan berbilion ringgi dari aktiviti ini?
“Semua soalan ini perlu dijawab oleh kerajaan dihadapan rakyat. Ini kerana isu halal dan haram adalah isu besar yang melangkaui sempadan politik,” katanya.
Pada 3 Julai, GMJ akan mengakan kempen Himpunan 100,000 di ibu negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
GMJ ditubuhkan bagi menggerakkan rakyat untuk turut sama membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung bulan ini.
Ia memohon mendapatkan permit perhimpunan aman semalam.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.