Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

25 June, 2010

Judi bawa kecelakaan - sami - Harakahdaily

Hafiz Irwan

PASIR PUTEH, 24 Jun: Sami yang juga selaku ketua agama Buddha Wat Phutaksin, Semerak, dekat sini yang dikenali dengan Thannun (gambar) mengakui amalan judi tidak dibolehkan di dalam ajaran agama berkenaan.
Thannun berkata, mengikut ajaran Buddha amalan judi boleh mendatangkan kecelakaan selain hukuman serta balasan tuhan akan dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan amalan tersebut.
“Hukuman atau balasan sebab dan akibat judi, di dalam agama Buddha kita panggil hukum karma. Hukuman itu akan dikenakan sama ada ketika di atas dunia ini lagi mahupun di hari esok (selepas mati).
“Sebenarnya kita di dalam Buddhapun punyai kepercayaan tentang adanya syurga dan neraka. Sesiapa beramalan baik akan masuk syurga dan jahat akan masuk neraka.
“Di dalam satu kitab Buddha ada menyebut bahawa terdapat beberapa pintu kecelakaan bagi orang yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, salah satunya ialah judi,” katanya semasa ditemui di wat tersebut awal pagi ini.
Menurutnya lagi, di dalam kepercayaan Buddha juga judi  boleh menyebabkan taraf kehidupan seseorang itu menjadi rendah dan hina malah tidak dihormati terutamanya di kalangan pemimpin.
“Macam raja, menteri apabila dikait dengan judi taraf mereka jatuh kerana dia akan dipandang rendah, rakyat tidak hormat, inilah maksud mendatangkan kecelakaan itu,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.