Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

27 May, 2010

PAS dakwa tawar ‘Tun’, jawatan duta kepada Samy rasuah - The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 27 Mei — PAS mahu Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat sama ada wujud elemen rasuah ekoran pendedahan anak Datuk Seri S Samy Vellu bahawa Presiden MIC ditawarkan jawatan duta dan gelaran “Tun” sebagai ganjaran kompromi.

Bagaimanapun menurut Vell Paari ayahnya telah menolak kedua-dua tawaran tersebut yang dibuat ketika kompromi dicapai semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Vell Paari mendedahkan seorang pegawai khas perdana menteri telah datang membawa tawaran gelaran “Tun” dan jawatan duta bagi tujuan kompromi isu calon BN untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor.
“Pendedahan ini sesuatu yang serius, yang menunjukkan ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini.
Mahfuz menegaskan dakwaan Vell Paari menunjukkan amalan tawaran yang berunsur rasuah itu bukan saja berlaku dalam pemilihan calon BN di Hulu Selangor, tetapi dalam banyak hal untuk memastikan apa saja keputusan dibuat perdana menteri yang juga pengerusi BN diterima oleh semua peringkat dalam BN.
“Amalan ini adalah untuk menutup mulut di kalangan pemimpin BN agar tidak membuat kacau yang boleh menjejaskan kepentingan politik BN.
“Perbuatan ini satu bentuk amalan buruk dalam penyalahgunaan kuasa yang boleh mengakibatkan kehilangan khazanah negara yang diagihkan kepada peminpin Umno-BN setiap kali berlaku krisis di kalangan dalaman Umno-BN,” katanya. Justeru beliau menuntut satu siasatan dilakukan oleh SPRM bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara dari difaraidkan untuk kepentingan Umno-BN.
“Saya mengajak rakyat menolak parti dan pemimpin Umno-BN dari menerajui dan menguruskan negara demi untuk kepentingan rakyat semua,” katanya lagi.
Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam Vell Paari berkata walaupun ditawarkan gelaran “Tun” dan jawatan duta bapanya sanggup menolak, menunjukkan beliau tidak mahu kekal dalam jawatan selama-lamanya.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.