Free Web Counter Hits semenjak 1 Dis 09

27 May, 2010

Akhirnya...RM6.5 juta untuk Sagong Tasi, rakan - Malaysiakini

Hafiz Yatim

Selepas 15 tahun, tujuh orang daripada suku Temuan memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.


Dalam kes bersejarah ini, Mahkamah Persekutuan hari ini mencatatkan satu penyelesaian antara mereka dan kerajaan persekutuan yang mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah adatnya di Bukit Tampoi, Dengkil. 



Sebanyak 38 ekar tanah adat itu telah diambil oleh kerajaan pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA tanpa sebarang pampasan.

Mahkamah itu membenarkan penyelesaian tersebut dicatatkan hari ini setelah kerajaan pusat dan kerajaan Selangor bersetuju membayar papasan tersebut kepada Sagong Tasi.

Sagong, 78, dan enam yang lain (dua daripada mereka telah meninggal dunia) daripada suku Temuan memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (UEM) ke mahkamah mengenai perkara itu.

Kebuntuan hanya selesai apabila pada 22 April tahun lalu, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menarik dari daripada mencabar kes Sagong.

Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan pihak lain berjaya mendapatkan perintah penangguhan.

Pada 12 April 2002, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Noor Ahmad mengarahkan kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, MHA dan UEM membayar pampasan kepada Sagong Tasi dan enam yang lain akibat kehilangan tanah mereka itu.

0 comments:

Post a Comment

 
KOTA RAJA DAILY. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.