BANDAR BARU BANGI – Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini bagi menjalankan aktiviti pendidikan dan pembe- lajaran berteraskan Islam sepanjang 2010.
Peruntukan ini diberikan kepada SAR yang tidak pernah mendapat sebarang peruntukan kewangan dan peralatan pembelajaran dari Kerajaan Negeri mahupun sumbangan individu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, peruntukan ini diberikan khas kepada SAR yang tidak pernah mendapat bantuan kewangan dari mana-mana pihak mahupun pejabat pendidikan.
“Bagi mengenal pasti SAR berkenaan, pemimpin setempat digesa turun kawasan yang diwakilinya serta berbincang dengan masyarakat komuniti khususnya guru sekolah berkaitan dan memohon kepada Kerajaan Negeri.
“Peruntukan diberikan adalah bertujuan membiayai kos kewangan dan peralatan bantuan mengajar di SAR bagi memastikan pelajar yang mengikuti pengajian dan pembelaja- ran mendapat pendidikan yang sempurna di dunia dan akhirat,” katanya pada majlis Program Mahabbah Ahli Lembaga Tadbir Sekolah bersama Ibu bapa dan Penjaga di SAR Bandar Baru Bangi.
Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi Lem- baga Sekolah Agama Bandar Baru Bangi, Dr Tajul Ariffin Nordi, Guru Besar Sekolah, Mohd Zunnurain Fauzan serta pimpinan sekolah.
Menurutnya, setiap pelajar khususnya di peringkat permulaan pendedahan dengan pendidikan perlu diterapkan dengan pendidikan agama bagi menjamin kehidupannya yang sempurna pada masa akan datang.
“Bukannya saya bermaksud pendidikan sekarang tidak berkualiti atau sebaliknya tetapi penerapan agama melalui pendidikan perlulah ditekankan bagi mengelakkan sebarang masalah gejala sosial yang berlaku.
“Kita yakin dengan wujudnya SAR ini yang menekankan pendidikan keagamaan mampu mengatasi masalah gejala sosial ini yang semakin parah khususnya membabitkan masyarakat Melayu.
“Masalah sosial ini mampu diatasi jika anak didedahkan pengetahuan ilmu keagamaan di peringkat awal,” katanya.
Dr Halimah berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan tanggungjawab membantu memperkembangkan pendidikan SAR kerana ia aspek penting dalam kehidupan.
“Pelbagai bantuan telah dan akan dirancang pada tahun ini membabitkan jumlah peruntukan RM6 juta untuk diagihkan kepada SAR yang layak di seluruh negeri dan kita mengharapkan ia mampu merealisasikan impian melahirkan masyarakat berilmu.
“Inilah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pembangunan negara seimbang dengan keperluan pendidikan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment